Antarabangsa
Kepercayaan anti-zionis ‘layak untuk dihormati’, perlu dilindungi undang-undang – Tribunal UK
Kepercayaan bahawa tindakan Israel sama dengan apartheid, pembersihan etnik dan pembunuhan beramai-ramai adalah “layak untuk dihormati dalam masyarakat demokratik”, demikian keputusan sebuah tribunal pekerjaan di United Kingdom (UK).
- Kepercayaan bahawa tindakan Israel sama dengan apartheid, pembersihan etnik dan pembunuhan beramai-ramai adalah “layak untuk dihormati dalam masyarakat demokratik”, demikian keputusan sebuah tribunal pekerjaan di United Kingdom (UK).
- Tribunal itu pada Februari memutuskan Prof David Miller telah didiskriminasi secara tidak adil apabila beliau dipecat oleh Universiti Bristol atas dakwaan membuat kenyataan anti-semitik.
- Tribunal itu kini menerbitkan penghakiman setebal 120 halaman yang menyatakan mengapa kepercayaan Miller memerlukan perlindungan di bawah undang-undang anti diskriminasi.
- “Kami mendapati bahawa dia (Miller) telah menetapkan bahawa (kriteria) telah dipenuhi dan kepercayaannya adalah kepercayaan falsafah,” kata Hakim Rohan Pirani dipetik The Guardian pada Isnin ketika meluluskan keputusan itu.
- Miller, yang memberi syarahan di universiti mengenai sosiologi politik, memberitahu panel penghakiman bahawa dia berpendapat zionisme “secara semulajadi perkauman, imperialis dan penjajah”.
- Terdahulu, dua pelajar Yahudi mengadu tentang kuliah Miller pada 2019 di mana dia mengenal pasti zionisme sebagai salah satu daripada lima tonggak Islamofobia.
Kepercayaan bahawa tindakan Israel sama dengan apartheid, pembersihan etnik dan pembunuhan beramai-ramai adalah “layak untuk dihormati dalam masyarakat demokratik”, demikian keputusan sebuah tribunal pekerjaan di United Kingdom (UK).
Tribunal itu pada Februari memutuskan Prof David Miller telah didiskriminasi secara tidak adil apabila beliau dipecat oleh Universiti Bristol atas dakwaan membuat kenyataan anti-semitik, keputusan yang menurut Kesatuan Pelajar Yahudi menetapkan duluan (precedent) yang berbahaya.
Ia kini menerbitkan penghakiman setebal 120 halaman yang menyatakan mengapa kepercayaan Miller memerlukan perlindungan di bawah undang-undang anti diskriminasi.
“Walaupun ramai yang dengan tegas dan nyata tidak bersetuju dengan analisis (Miller) tentang politik dan sejarah, yang lain mempunyai kepercayaan yang sama atau serupa.
“Kami mendapati bahawa dia telah menetapkan bahawa (kriteria) telah dipenuhi dan kepercayaannya adalah kepercayaan falsafah,” kata Hakim Rohan Pirani dipetik The Guardian pada Isnin ketika meluluskan keputusan itu.
Miller, yang memberi syarahan di universiti mengenai sosiologi politik, memberitahu panel penghakiman bahawa dia berpendapat zionisme “secara semulajadi perkauman, imperialis dan penjajah”.
Beliau berkata zionisme “terikat secara ideologi untuk membawa kepada amalan apartheid, pembersihan etnik dan pembunuhan beramai-ramai dalam mengejar kawalan dan pengembangan wilayah”.
Miller juga memberitahu panel bahawa anti-zionismenya tidak sama dengan penentangan terhadap Yahudi.
Penghakiman panel mengakui kepakaran Miller mengenai zionisme.
Terdahulu, dua pelajar Yahudi mengadu tentang kuliah Miller pada 2019 di mana dia mengenal pasti zionisme sebagai salah satu daripada lima tonggak Islamofobia.
Bagaimanapun, kajian semula ditugaskan oleh universiti mendapati Miller tidak mempunyai kes untuk dijawab kerana dia tidak menyatakan kebencian terhadap orang Yahudi. – The Merdeka Times