Terkini
Didakwa ‘sexual grooming’ murid sekolah rendah, Guru lelaki tetap naik pangkat
Seorang guru lelaki yang didakwa melakukan pengantunan seksual (sexual grooming) terhadap anak muridnya di sebuah sekolah rendah sekitar 2011-2012, kini dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah barunya.
- Seorang guru lelaki yang didakwa melakukan pengantunan seksual (sexual grooming) terhadap anak muridnya di sebuah sekolah rendah sekitar 2011-2012, kini dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah barunya.
- Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi berkata apa yang lebih gila apabila kenaikan pangkat guru lelaki itu turut mendapat ucapan tahniah daripada PPD (Pejabat Pendidikan Daerah).
- Mangsa guru lelaki itu telah membuat aduan di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), tetapi pihak terbabit mengatakan ia di luar bidang kuasa mereka.
- Kes itu juga telah dipanjangkan kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi emel dan Fairuz bersama mangsa bersedia memberikan kerjasama supaya kes berkenaan diselesaikan segera.
- “Beberapa minggu lepas saya ada kongsikan kisah seorang lelaki yang kena cabul (sexual grooming) semasa sekolah rendah oleh seorang guru lelaki di makmal sekolah.
- “Cikgu tu ajar dia tengok video lucah, hisap kemaluan murid dan ajar mereka beronani. Berkali-kali perkara tu berlaku hinggalah mereka sedar benda tu salah dan ibu bapa mereka terus report polis,” kata Akhi Fairuz menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
KUALA LUMPUR – Seorang guru lelaki yang didakwa melakukan pengantunan seksual (sexual grooming) terhadap anak muridnya di sebuah sekolah rendah sekitar 2011-2012, kini dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah barunya.
Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi berkata apa yang lebih gila apabila kenaikan pangkat guru lelaki itu turut mendapat ucapan tahniah daripada PPD (Pejabat Pendidikan Daerah).
Akhi Fairuz berkata mangsa guru lelaki itu telah membuat aduan di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), tetapi pihak terbabit mengatakan ia di luar bidang kuasa mereka.
Katanya, kes itu juga telah dipanjangkan kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi emel dan beliau bersama mangsa bersedia memberikan kerjasama supaya kes berkenaan diselesaikan segera.
“Beberapa minggu lepas saya ada kongsikan kisah seorang lelaki yang kena cabul (sexual grooming) semasa sekolah rendah oleh seorang guru lelaki di makmal sekolah.
“Cikgu tu ajar dia tengok video lucah, hisap kemaluan murid dan ajar mereka beronani. Berkali-kali perkara tu berlaku hinggalah mereka sedar benda tu salah dan ibu bapa mereka terus report polis.
“Oleh sebab ketika itu belum wujud lagi akta kanak-kanak, maka kes tak berjalan (yang ni pun saya pelik, walhal bukan satu laporan yang dibuat)… Cikgu berkenaan masih aktif mengajar, bertukar dari satu sekolah ke sekolah yang lain, pernah berkhidmat di KPM dan bermula Oktober ni dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah barunya.
“Gila! Lebih gila kenaikkan pangkat beliau ni siap mendapat ucapan tahniah dari pihak PPD lagi!
“Saya dan mangsa bersedia untuk beri kerjasama agar kes ini diselesaikan segera! Jika tidak, gagasan YBM dalam menjadikan sekolah zero gangguan seksual tidak akan tercapai!” kata Akhi Fairuz menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
Akhi Fairuz yang sering mendedahkan mengenai isu-isu seksual melibatkan murid sekolah berkata, jika diikutkan mangsa ingin menyelesaikan kes itu secara baik, tanpa menularkan kes berkenaan.
Tetapi jawapan mereka terima selepas ke balai polis untuk perkembangan kes, mendapatkan maklumat dari peguam dan aduan SISPAA, menghampakan. — The Merdeka Times