Antarabangsa
Dedah peluru berpandu Iran hentam pangkalan udara Israel, wartawan penyiasatan dipenjara
Seorang wartawan penyiasatan dipenjarakan pihak berkuasa Israel selepas menerbitkan laporan mendedahkan kerosakan besar pangkalan tentera Israel yang diserang peluru berpandu Iran awal bulan ini.
- Seorang wartawan penyiasatan dipenjarakan pihak berkuasa Israel selepas menerbitkan laporan mendedahkan kerosakan besar pangkalan tentera Israel yang diserang peluru berpandu Iran awal bulan ini.
- Akhir minggu lalu, Jeremy Loffredo mengeluarkan laporan video di saluran YouTube Grayzone, sebuah laman web berita dan blog bebas Amerika Syarikat (AS).
- Laporan itu menunjukkan pihak berkuasa Israel menyembunyikan sebahagian besar tahap kerosakan sebenar dialami pangkalan rejim itu selepas Operasi True Promise II.
- Pada 1 Oktober, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) melancarkan ratusan peluru berpandu balistik ke arah pangkalan tentera, risikan dan perisikan Israel di seluruh wilayah yang diduduki.
- Press TV pada Rabu melaporkan wartawan dan pembuat filem Amerika yang juga pengarang di Grayzone, Max Blumenthal mengumumkan di akaun X miliknya bahawa Loffredo antara beberapa wartawan ditahan pihak berkuasa Israel.
Seorang wartawan penyiasatan dipenjarakan pihak berkuasa Israel selepas menerbitkan laporan mendedahkan kerosakan besar pangkalan tentera Israel yang diserang peluru berpandu Iran awal bulan ini.
Akhir minggu lalu, Jeremy Loffredo mengeluarkan laporan video di saluran YouTube Grayzone, sebuah laman web berita dan blog bebas Amerika Syarikat (AS), lapor Tasnim.
Laporan itu menunjukkan pihak berkuasa Israel menyembunyikan sebahagian besar tahap kerosakan sebenar dialami pangkalan rejim itu selepas Operasi True Promise II.
Pada 1 Oktober, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) melancarkan ratusan peluru berpandu balistik ke arah pangkalan tentera, risikan dan perisikan Israel di seluruh wilayah yang diduduki.
Operasi True Promise II dilakukan sebagai tindak balas Iran terhadap pembunuhan Ismail Haniyeh dari Hamas di Tehran, pemimpin Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan komander IRGC, Abbas Nilforoushan yang juga penasihat ketenteraan Iran di Beirut, Lubnan.
Untuk menyiapkan laporannya mengenai pangkalan Israel dibedil Iran, Loffredo yang juga wartawan bebas berpangkalan di New York City, mengunjungi wilayah-wilayah diduduki Israel dan mendokumentasikan beberapa kawasan hentaman yang tidak dilaporkan pihak berkuasa Israel, termasuk kawasan berhampiran ibu pejabat Mossad di Tel Aviv.
Press TV pada Rabu melaporkan wartawan dan pembuat filem Amerika yang juga pengarang di Grayzone, Max Blumenthal mengumumkan di akaun X miliknya bahawa Loffredo antara beberapa wartawan ditahan pihak berkuasa Israel. — The Merdeka Times