Terkini
Syed Mokhtar Albukhary masih lagi pemegang saham utama Media Prima
Aurora Mulia Sdn Bhd (AMSB), syarikat pelaburan berkaitan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary masih lagi pemegang saham utama dalam Media Prima Bhd (Media Prima).
- Aurora Mulia Sdn Bhd (AMSB), syarikat pelaburan berkaitan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary masih lagi pemegang saham utama dalam Media Prima Bhd (Media Prima).
- Media Prima berkata AMSB telah mengesahkan ia masih memegang kepentingan langsung 353,815,941 saham mewakili 31.9 peratus dalam Media Prima dan Syed Mokhtar memegang kepentingan tidak langsung dalam Media Prima menerusi pegangan sahamnya dalam AMSB.
- “Penjelasan ini bertujuan untuk memastikan ketelusan sepenuhnya dan menangani sebarang kemungkinan salah tafsir yang timbul daripada pengumuman Media Prima kepada Bursa Malaysia pada 7 Oktober 2024,” katanya dipetik media tempatan pada Selasa.
KUALA LUMPUR — Aurora Mulia Sdn Bhd (AMSB), syarikat pelaburan berkaitan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary masih lagi pemegang saham utama dalam Media Prima Bhd (Media Prima).
Media Prima berkata AMSB telah mengesahkan ia masih memegang kepentingan langsung 353,815,941 saham mewakili 31.9 peratus dalam Media Prima dan Syed Mokhtar memegang kepentingan tidak langsung dalam Media Prima menerusi pegangan sahamnya dalam AMSB.
“Penjelasan ini bertujuan untuk memastikan ketelusan sepenuhnya dan menangani sebarang kemungkinan salah tafsir yang timbul daripada pengumuman Media Prima kepada Bursa Malaysia pada 7 Oktober 2024,” katanya dipetik media tempatan pada Selasa.
Kenyataan itu dibuat berikutan tiga pengumuman Media Prima kelmarin kepada Bursa Malaysia bertajuk ‘Notice Of Person Ceasing To Be Substantial Shareholder Pursuant To Section 139 Of The CA 2016’.
Ia dilaporkan telah menimbulkan salah faham dengan membayangkan bahawa AMSB dan secara tidak langsung, Syed Mokhtar tidak lagi menjadi pemegang saham utama Media Prima.
Disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia, Media Prima adalah syarikat peneraju media bersepadu sepenuhnya di Malaysia yang lengkap dengan perniagaan berkaitan media dalam televisyen, percetakan, radio, pengiklanan luar rumah, penciptaan kandungan, media digital, perdagangan dan pengiklanan. — The Merdeka Times