Connect with us

Terkini

Agensi KKDW perlu berdikari, tidak terlalu bergantung peruntukan kerajaan – Zahid Hamidi

Semua agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa mencari jalan untuk berdikari dan menjana pendapatan sendiri serta tidak terlalu bergantung kepada peruntukan kerajaan semata-mata.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • Semua agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa mencari jalan untuk berdikari dan menjana pendapatan sendiri serta tidak terlalu bergantung kepada peruntukan kerajaan semata-mata.
  • Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata agensi kerajaan sememangnya bergantung kepada peruntukan disediakan dalam melaksanakan tanggungjawabnya. 
  • Bagaimanapun, dalam situasi ekonomi global tidak menentu adalah penting bagi setiap agensi di bawah KKDW untuk mengorak langkah ke arah kemandirian.
  • “Perkara ini telah saya lontarkan awal tahun yang lalu iaitu menukar hala tuju daripada berpaksikan cost center kepada profit center entities. 
  • “Namun saya ulangi gesaan ini agar kita stay focus dan mencari jalan untuk berdikari dan menjana pendapatan sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada peruntukan Kerajaan semata-mata,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Bulan Oktober KKDW 2024 di Auditorium Wisma FELCRA di KL hari ini.

KUALA LUMPUR —- Semua agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa mencari jalan untuk berdikari dan menjana pendapatan sendiri serta tidak terlalu bergantung kepada peruntukan kerajaan semata-mata.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri KKDW, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata agensi kerajaan sememangnya bergantung kepada peruntukan disediakan dalam melaksanakan tanggungjawabnya. 

Bagaimanapun, dalam situasi ekonomi global tidak menentu adalah penting bagi setiap agensi di bawah KKDW untuk mengorak langkah ke arah kemandirian.

“Perkara ini telah saya lontarkan awal tahun yang lalu iaitu menukar hala tuju daripada berpaksikan cost center kepada profit center entities. 

“Namun saya ulangi gesaan ini agar kita stay focus dan mencari jalan untuk berdikari dan menjana pendapatan sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada peruntukan Kerajaan semata-mata.

“Kejayaan FELCRA mengumumkan Jumlah Keuntungan Boleh Agih Interim 2 sebanyak RM129 juta dengan peningkatan hampir RM82 juta atau 168 peratus berbanding 2023 adalah usaha mencipta kemandirian agensi Kerajaan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Bulan Oktober KKDW 2024 di Auditorium Wisma FELCRA di sini hari ini.

Zahid Hamidi berkata Majlis Amanah Rakyat (MARA)​ pula boleh memperkukuhkan inisiatif pendidikan dan latihan berorientasikan perniagaan dengan membuka peluang menjana pendapatan melalui kursus dan program latihan yang lebih inovatif dan relevan dengan keperluan pasaran semasa. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *