Antarabangsa
Tentera Israel enggan kembali ke Gaza
Tentera Israel mengancam untuk mengheret puluhan askar mereka ke mahkamah kerana enggan kembali ke Gaza di tengah-tengah peningkatan kes penolakan sedemikian dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
- Tentera Israel mengancam untuk mengheret puluhan askar mereka ke mahkamah kerana enggan kembali ke Gaza di tengah-tengah peningkatan kes penolakan sedemikian dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
- Menurut badan penyiaran awam Israel KAN pada minggu ini, sekurang-kurangnya 20 askar Israel enggan kembali ke Gaza di mana pasukan penjajah melakukan jenayah perang dan pelanggaran hak asasi manusia sambil cuba menghapuskan kumpulan pembebasan Palestin, Hamas dan pemerintahannya di wilayah terkepung itu.
- Sekurang-kurangnya 10 daripada askar yang menolak itu dilaporkan menerima amaran rasmi tentera dengan ancaman akan dibicarakan kerana enggan kembali.
- Keluarga kepada beberapa tentera dipetik badan penyiaran itu sebagai berkata saudara mereka “dipaksa melakukan operasi darat di Gaza atau berdepan penjara,” yang menyebabkan beberapa daripada mereka menawarkan untuk kembali bertugas di kawasan lain selain Gaza.
Tentera Israel mengancam untuk mengheret puluhan askar mereka ke mahkamah kerana enggan kembali ke Gaza di tengah-tengah peningkatan kes penolakan sedemikian dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Menurut badan penyiaran awam Israel KAN pada minggu ini, sekurang-kurangnya 20 askar Israel enggan kembali ke Gaza di mana pasukan penjajah melakukan jenayah perang dan pelanggaran hak asasi manusia sambil cuba menghapuskan kumpulan pembebasan Palestin, Hamas dan pemerintahannya di wilayah terkepung itu.
Sekurang-kurangnya 10 daripada askar yang menolak itu dilaporkan menerima amaran rasmi tentera dengan ancaman akan dibicarakan kerana enggan kembali.
Keluarga kepada beberapa tentera dipetik badan penyiaran itu sebagai berkata saudara mereka “dipaksa melakukan operasi darat di Gaza atau berdepan penjara,” yang menyebabkan beberapa daripada mereka menawarkan untuk kembali bertugas di kawasan lain selain Gaza.
“Hanya beberapa askar yang tinggal dalam kompeni mereka yang mampu bertempur.
“Inilah masanya kami sebagai ibu bapa membantu mereka menghadapi sistem yang tidak pedulikan mereka,” kata ahli keluarga tentera terlibat dipetik MEMO.
Ancaman perbicaraan dan tindakan undang-undang terhadap askar Israel itu datang di tengah-tengah peningkatan kes tentera enggan meneruskan pertempuran di wilayah Palestin yang dikepung.
Perkara itu mungkin berlaku disebabkan tindakan jenayah perang berterusan oleh pasukan penjajah atau disebabkan meningkatnya persepsi bahawa Hamas tidak semudah dijangkakan kerajaan Israel untuk ditewaskan secara ketenteraan. – The Merdeka Times