Terkini
(VIDEO) Negeri lain wajar ikuti Kedah, Terengganu segera pinda RUU tubuh negeri iktiraf mahkamah syariah
Setiap negeri sepatutnya segera meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing untuk mengiktiraf mahkamah syariah di negeri mereka sepertimana dilakukan Kedah dan Terengganu sebelum ini.
- Setiap negeri sepatutnya segera meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing untuk mengiktiraf mahkamah syariah di negeri mereka sepertimana dilakukan Kedah dan Terengganu sebelum ini.
- Peguam kanan, Haniff Khatri berkata perkara itu dapat dilakukan dengan meminda Rang Undang-Undang (RUU) Tubuh Kerajaan Negeri atau perlembagaan negeri masing-masing untuk meletakkan satu perkara khusus berkaitan pembentukan, penubuhan dan penyelenggaraan mahkamah syariah di bawah undang-undang tubuh negeri.
- Dengan itu mahkamah syariah akan diiktiraf undang-undang tubuh negeri masing-masing, sekali gus membuatkan statusnya dihormati dan menjadi satu entiti yang mempunyai perkenan sah perlembagaan.
- “Jadi untuk memartabatkan mahkamah syariah dan of course pelaksanaan undang-undang syariah maka perlu diberi pengiktirafan perlembagaan kepada mahkamah syariah,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Selasa.
- Haniff berkata demikian ketika diminta mengulas tentang mengapa penting meletakkan mahkamah syariah di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan perlukah negeri lain mengikuti jejak langkah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.
- Ia susulan persidangan DUN Kedah pada Ahad meluluskan RUU Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah (Pindaan) 2024 yang bertujuan memasukkan penubuhan mahkamah syariah di bawah undang-undang tubuh Negeri Kedah.
KUALA LUMPUR — Setiap negeri sepatutnya segera meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing untuk mengiktiraf mahkamah syariah di negeri mereka sepertimana dilakukan Kedah dan Terengganu sebelum ini.
Peguam kanan, Haniff Khatri berkata perkara itu dapat dilakukan dengan meminda Rang Undang-Undang (RUU) Tubuh Kerajaan Negeri atau perlembagaan negeri masing-masing untuk meletakkan satu perkara khusus berkaitan pembentukan, penubuhan dan penyelenggaraan mahkamah syariah di bawah undang-undang tubuh negeri.
Haniff berkata dengan itu mahkamah syariah akan diiktiraf undang-undang tubuh negeri masing-masing, sekali gus membuatkan statusnya dihormati dan menjadi satu entiti yang mempunyai perkenan sah perlembagaan.
“Selama ini selepas pindaan (Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan) di masukkan pada 1988, negeri-negeri tidak meminda perlembagaan (negeri) untuk mengiktiraf kedudukan mahkamah syariah di bawah perlembagaan negeri masing-masing.
“Sebab itu dalam kes-kes pertikaian undang-undang sivil dan syariah banyak keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan telah mengatakan kononnya mahkamah syariah adalah inferior — kedudukan dia rendah daripada mahkamah sivil.
“Walhal sebenarnya mahkamah syariah berbeza daripada mahkamah sivil dia adalah dua bidang mahkamah yang berasingan tetapi selari, satu isu sivil satu buat isu syariah.
“Jadi untuk memartabatkan mahkamah syariah dan of course pelaksanaan undang-undang syariah, maka perlu diberi pengiktirafan perlembagaan kepada mahkamah syariah,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Selasa.
Haniff berkata demikian ketika diminta mengulas tentang mengapa penting meletakkan mahkamah syariah di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan perlukah negeri lain mengikuti jejak langkah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.
Ia susulan persidangan DUN Kedah pada Ahad meluluskan RUU Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah (Pindaan) 2024 yang bertujuan memasukkan penubuhan mahkamah syariah di bawah undang-undang tubuh Negeri Kedah.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika membentangkan RUU tersebut berkata pindaan itu selari dengan titah Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang sebelum ini mencadangkan langkah pemerkasaan mahkamah syariah dengan meletakkan mahkamah itu dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah.
“Selagi perkara ini (mahkamah syariah tidak diiktiraf) tidak diselesaikan, selagi itu ramai di luar sana akan mempersoalkan kesahihan kewujudan mahkamah syariah sebagai mahkamah yang setanding dan mahkamah yang selari dengan mahkamah sivil.
“Ini kerana mahkamah sivil diiktiraf di bawah Perlembagaan Persekutuan tapi mahkamah syariah perlu diiktiraf di bawah setiap negeri yang mempunyai mahkamah syariah,” kata Haniff. — The Merdeka Times
View this post on Instagram