Connect with us

Terkini

Dana syarikat arak untuk sekolah, Loke perjelas kepada Kabinet esok

Isu pemberian sumbangan dan tajaan oleh syarikat minuman keras kepada sekolah Cina akan dibawa ke mesyuarat Kabinet esok, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke..
  • “Syarikat minuman keras telah menganjurkan program mengumpul dana untuk sekolah-sekolah Cina berlaku sejak 30 tahun lalu dan saya juga pernah menghadiri majlis itu.
  • “Selama ini tidak timbul sebarang masalah, kenapa sekarang baharu nak jadikan isu? Ini sesuatu yang mesti kita faham bahawa ini bukan perkara baharu.
  • “Namun begitu, saya akan bawa perkara ini ke mesyuarat Kabinet esok dan saya akan berikan penjelasan kepada Jemaah Menteri,” kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dipetik Berita Harian selepas merasmikan program TVET Permotoran di SMK Mantin di Seremban, Negeri Sembilan, pada Selasa.
  • KPM semalam mengatakan sumbangan melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah dilarang berdasarkan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018.

KUALA LUMPUR — Isu pemberian sumbangan dan tajaan oleh syarikat minuman keras kepada sekolah Cina akan dibawa ke mesyuarat Kabinet esok, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata perkara berkenaan tidak sepatutnya dijadikan isu kerana pembabitan syarikat minuman keras bagi membantu mengumpul dana untuk sekolah Cina sudah berlaku sejak 30 tahun lalu.

“Syarikat minuman keras telah menganjurkan program mengumpul dana untuk sekolah-sekolah Cina berlaku sejak 30 tahun lalu dan saya juga pernah menghadiri majlis itu.

“Selama ini tidak timbul sebarang masalah, kenapa sekarang baharu nak jadikan isu? Ini sesuatu yang mesti kita faham bahawa ini bukan perkara baharu.

“Namun begitu, saya akan bawa perkara ini ke mesyuarat Kabinet esok dan saya akan berikan penjelasan kepada Jemaah Menteri,” katanya dipetik Berita Harian selepas merasmikan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Permotoran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mantin di Seremban, Negeri Sembilan, pada Selasa.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semalam mengatakan sumbangan melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah dilarang berdasarkan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018.

Justeru, kementerian itu mengingatkan pentadbir di institusi pendidikan KPM supaya mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.

Peringatan itu diberikan susulan isu penganjuran program amal di sebuah sekolah Cina yang melibatkan sumbangan syarikat minuman keras seperti dilaporkan media baru-baru ini dan kini ia berada dalam perhatian KPM serta siasatan lanjut sedang dijalankan.

Loke berkata program berkenaan kebiasaannya akan diadakan di luar sekolah seperti di restoran dan sebagainya yang bertujuan mengutip dana bagi pembangunan sekolah.

“Dalam kalangan masyarakat Cina khususnya memang ada penganjuran program sumbangan oleh syarikat korporat minuman keras untuk anjurkan pelbagai aktiviti di sekolah,” kata Loke. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *