Connect with us

Terkini

Klip KJ cakap isu MAHB-BlackRock dipadam TikTok

Dua klip bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membincangkan isu kontroversi Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan BlackRock dikeluarkan TikTok kerana didakwa melanggar garis panduan komuniti platform itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
  • Dua klip bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membincangkan isu kontroversi Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan BlackRock dikeluarkan TikTok kerana didakwa melanggar garis panduan komuniti platform itu.
  • Media tempatan melaporkan semakan klip dialih keluar daripada podcast Keluar Sekejap Khairy yang disiarkan di platform lain tidak menunjukkan sebarang pelanggaran garis panduan.
  • Khairy menyiarkan tentang tindakan TikTok menarik keluar klip video itu di halaman Instagramnya.
  • Kerajaan semalam menafikan terlibat dalam penyingkiran beberapa posting TikTok Khairy berkaitan BlackRock dan MAHB.
  • Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata tiada arahan mengenai posting itu diberikan.

KUALA LUMPUR – Dua klip bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membincangkan isu kontroversi Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan BlackRock dikeluarkan TikTok kerana didakwa melanggar garis panduan komuniti platform itu.

Media tempatan melaporkan semakan klip dialih keluar daripada podcast Keluar Sekejap Khairy yang disiarkan di platform lain tidak menunjukkan sebarang pelanggaran garis panduan.

Terdahulu, Khairy menyiarkan tentang tindakan TikTok menarik keluar klip video itu di halaman Instagramnya.

Dalam salah satu klip ditarik keluar TikTok itu, Khairy mempersoalkan kekurangan ketelusan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan dan Pengerusi Khazanah Nasional dalam membincangkan rancangan penjualan saham MAHB dengan kabinet.

Khairy memetik kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa perjanjian itu “sudah terlampau maju” untuk dibantah secara berkesan oleh menteri dalam kabinet.

Beliau berkata ini tidak menggambarkan penekanan pentadbiran hari ini terhadap tadbir urus yang baik semasa skandal 1MDB.

Sementara itu, dalam klip kedua dikeluarkan daripada TikTok, Khairy menyoal sekiranya Global Infrastructure Partners (GIP) benar-benar mempunyai lebih kepakaran berbanding MAHB dalam mengendalikan lapangan terbang.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu memetik bagaimana empat lapangan terbang yang sering dikatakan dikendalikan GIP iaitu London City, Gatwick, Edinburgh, dan Sydney hanya mengendalikan sekitar 60 juta penumpang pada 2023, berbanding sekitar 119 juta penumpang yang menggunakan lapangan terbang MAHB.

Dalam pada itu, kerajaan semalam menafikan terlibat dalam penyingkiran beberapa posting TikTok Khairy berkaitan BlackRock dan MAHB.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata tiada arahan mengenai posting itu diberikan.

“Saya mengesahkan tiada arahan daripada saya atau timbalan saya (Teo Nie Ching). Dan tiada tindakan (diambil) oleh SKMM juga,” katanya.

SKMM berkata siaran itu dialih keluar oleh TikTok berdasarkan garis panduan komuniti mereka dan sepenuhnya merupakan keputusan platform media sosial itu.

Sebelum ini, timbul kritikan segelintir pihak yang menentang penyertaan BlackRock menerusi GIP, sebuah firma yang bakal diambil alih syarikat pro-zionis itu, dalam konsortium bersama Khazanah Bhd dan KWSP bagi meningkatkan pegangan dalam MAHB.

Kerajaan juga diminta menarik semula keputusan untuk menjual pegangan saham dalam MAHB kepada BlackRock kerana ia antara ‘pemain utama’ menyokong gerakan LGBT.

GIP bagaimanapun dilaporkan menegaskan BlackRock Inc tidak pernah sama sekali terlibat dalam sebarang transaksi berhubung penstrukturan semula kepentingan dalam MAHB melalui Gateway Development Alliance (GDA). 

Malaysia sebelum ini dilaporkan menduduki tempat teratas dalam senarai pentadbiran di dunia meminta TikTok menurunkan kandungan di platformnya dalam tempoh separuh kedua tahun lalu.

Ia berdasarkan data dikeluarkan syarikat itu, sebulan selepas Malaysia jatuh 34 anak tangga dalam indeks kebebasan media antarabangsa tahun ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Tunggakan RM14.04 juta, Prestasi kutipan yuran pengajian UIAM kurang memuaskan – LKAN

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam mendapati prestasi kutipan yuran pengajian UIAM kurang memuaskan dengan tunggakan berjumlah RM14.04 juta yang melebihi 180 hari masih belum berjaya dikutip setakat 31 Julai 2023.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Daripada jumlah itu, pelajar luar negara tanpa tajaan merekodkan hutang tertinggi iaitu 5,016 orang dengan tunggakan berjumlah RM9.17 juta manakala penghutang pelajar luar negara dengan tajaan seramai 531 orang dengan jumlah RM1.12 juta.
  • Bagi pelajar tempatan, jumlah penghutang ialah 13,613 orang dengan jumlah keseluruhan RM3.75 juta melibatkan 10,176 pelajar tanpa tajaan manakala bakinya mendapat tajaan.
  • UIAM memaklumkan mereka telah melaksanakan sekatan penyerahan transkrip akademik kepada pelajar yang mempunyai tunggakan hutang mulai 14 Mac 2024 dan akan memperkenalkan dasar sifar hutang semasa semester satu sesi pengajian 2024/2025.

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam mendapati prestasi kutipan yuran pengajian UIAM kurang memuaskan dengan tunggakan berjumlah RM14.04 juta yang melebihi 180 hari masih belum berjaya dikutip setakat 31 Julai 2023.

Menurut Bernama, daripada jumlah itu, pelajar luar negara tanpa tajaan merekodkan hutang tertinggi iaitu 5,016 orang dengan tunggakan berjumlah RM9.17 juta manakala penghutang pelajar luar negara dengan tajaan seramai 531 orang dengan jumlah RM1.12 juta.

Bagi pelajar tempatan, jumlah penghutang ialah 13,613 orang dengan jumlah keseluruhan RM3.75 juta melibatkan 10,176 pelajar tanpa tajaan manakala bakinya mendapat tajaan.

Menjawab isu hutang tersebut , UIAM memaklumkan mereka telah melaksanakan sekatan penyerahan transkrip akademik kepada pelajar yang mempunyai tunggakan hutang mulai 14 Mac 2024 dan akan memperkenalkan dasar sifar hutang semasa semester satu sesi pengajian 2024/2025.

LKAN dalam laporan tersebut turut menyentuh bilangan pelajar tempatan dan luar negara yang berdaftar di UIAM adalah kurang berbanding penawaran bagi tempoh 2020 hingga Julai 2023.

Ia melibatkan penawaran bagi peringkat pengajian Asasi, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah, dengan hanya 25,939 pelajar tempatan berdaftar daripada 39,322 tawaran dikeluarkan, manakala bagi pelajar luar negara, 1,701 pelajar berdaftar berbanding 3,808 tempat ditawarkan.

“Prestasi pengambilan pelajar kurang memuaskan. Pendaftaran pelajar tempatan dan luar negara hanya mencatatkan 66 peratus dan 44.7 peratus. Justeru, pendapatan daripada yuran pengajian tidak dapat menampung perbelanjaan operasi UIAM,“ menurut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

UIAM dalam maklum balasnya menyatakan pendaftaran kurang dari penawaran adalah disebabkan calon turut menerima tawaran daripada institusi lain yang menawarkan tajaan biasiswa dalam dan luar negara, manakala peratusan pendaftaran pelajar luar negara yang rendah kerana penularan pandemik COVID.- The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending