Connect with us

Terkini

Rakaman CCTV hotel, analisis laporan forensik warga Israel Avitan Shalom diserahkan 30 Julai

Pihak pendakwaan akan menyerahkan salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hotel dan analisis laporan forensik kepada pihak pembelaan membabitkan lelaki warga Israel Avitan Shalom yang didakwa atas dua pertuduhan memperdagangkan enam senjata api dan memiliki 200 butir peluru pada 30 Julai ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Lelaki warga Israel Avitan Shalom yang didakwa atas dua pertuduhan memperdagangkan enam senjata api (berbaju putih).
  • Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen, Norina Zainol Abidin, bahawa pihaknya sudah menyerahkan majoriti dokumen kepada peguam mewakili Avitan sebelum perbicaraan kes selama sembilan hari yang bermula 30 Sept ini.
  • “Ada beberapa dokumen masih belum diserahkan termasuk rakaman CCTV dan analisa laporan forensik berkaitan kes. Mohon tarikh sebutan dalam tempoh sebulan untuk pihak kami menyerahkan kesemua dokumen kepada pembelaan sebagai persediaan perbicaraan,” kata Mohamad Mustaffa pada sebutan kes hari ini.
  • Peguam Datuk Naran Singh mewakili Avitan mengesahkan perkara itu dan tidak membantah tempoh masa dimohon pihak pendakwaan.

KUALA LUMPUR — Pihak pendakwaan akan menyerahkan salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hotel dan analisis laporan forensik kepada pihak pembelaan membabitkan lelaki warga Israel Avitan Shalom yang didakwa atas dua pertuduhan memperdagangkan enam senjata api dan memiliki 200 butir peluru pada 30 Julai ini.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen Norina Zainol Abidin, bahawa pihaknya sudah menyerahkan majoriti dokumen kepada peguam yang mewakili Avitan, 38, sebelum perbicaraan kes selama sembilan hari yang akan bermula pada 30 Sept ini.

“Ada beberapa dokumen yang masih belum diserahkan termasuk rakaman CCTV dan analisa laporan forensik berkaitan kes. Mohon tarikh sebutan dalam tempoh sebulan untuk pihak kami menyerahkan kesemua dokumen kepada pembelaan sebagai persediaan perbicaraan,” kata Mohamad Mustaffa pada sebutan kes hari ini.

Peguam Datuk Naran Singh yang mewakili Avitan mengesahkan perkara itu dan tidak membantah tempoh masa yang dimohon pihak pendakwaan.

“Kami juga bersetuju sekiranya tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini dikekalkan,” katanya yang turut dibantu peguam Navinjit Singh.

Norina kemudian menetapkan 30 Julai ini untuk sebutan semula kes dan serahan baki dokumen.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Avitan didakwa memiliki sekotak Shell Shock NAS3 9mm mengandungi lapan butir peluru, tiga kotak Bullet Master Co Ltd mengandungi 150 butir peluru dan 42 butir peluru di dalam tiga senjata berlainan tanpa lesen atau permit senjata mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Avitan didakwa berdagang enam senjata api iaitu Glock 19 USA 9×19 (Nombor Siri AEGS286), Sig Sauer P3205P (Nombor Siri 58C283463), Cougar 8000FT (Nombor Siri T6429-10G002496), Glock 17 Gen4 Austria 9×19 (Nombor Siri: BDZZ090), M&P 9C Smith & Wesson Springfield MA USA (Nombor Siri: DSW9077) dan Stoeger Cougar 8000F (Nombor Siri T6429-08-A029304).

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara tidak kurang 30 tahun, dan tidak lebih 40 tahun serta sebatan tidak kurang enam kali.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Ampang, di sini antara 6.46 petang pada 26 Mac dan 6 petang pada 28 Mac. — BERNAMA

Author

Terkini

Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara – Nancy

Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh DOSM menunjukkan TFR di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.
  • “Terdapat pelbagai faktor menyumbang kepada penurunan TFR termasuk faktor ekonomi, cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.
  • “Pada masa sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa TFR di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.

“Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada penurunan TFR termasuklah faktor ekonomi, cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.

“Pada masa yang sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata mengikut unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, beberapa negara di rantau Asia dan Pasifik seperti Jepun, Australia, Singapura, Indonesia dan Thailand turut mencatatkan kadar kesuburan yang amat rendah, iaitu berada di bawah paras penggantian.

Nancy berkata sebagai respons kepada keadaan itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk menawarkan perkhidmatan rawatan kesuburan pada kos berpatutan, menyediakan klinik merawat masalah kesuburan lelaki serta memberi insentif pengecualian cukai sehingga RM8,000 kepada pasangan yang mendapatkan rawatan kesuburan.

“LPPKN juga telah diberi mandat untuk menubuhkan Pusat Subfertiliti Negara yang dilengkapi dengan segala kemudahan rawatan kesuburan di bawah satu bumbung bagi memberi perkhidmatan kesuburan serba moden dengan kos berpatutan,” katanya.

Menurut Nancy, pihaknya bagaimanapun berpandangan keputusan mempunyai anak dan penentuan bilangan anak adalah hak tersendiri setiap pasangan.

“Terdapat pelbagai faktor mempengaruhi keputusan untuk memiliki anak, bilangan anak dan penurunan TFR. KPWKM melalui LPPKN membantu dalam membuat intervensi untuk mereka yang berhadapan dengan masalah ketidaksuburan,” katanya. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending