Terkini
‘Arun Dorasamy bukan jurucakap Hindu Sangam’ – Timbalan Presiden MHS
Malaysia Hindu Sangam (MHS) tidak pernah melantik mana-mana individu, termasuk Arun Dorasamy, untuk menjadi jurucakap bagi pertubuhan itu, kata Timbalan Presidennya, Ganesh Babu Rao.
- “Kita tak lantik sesiapa jadi jurucakap Malaysia Hindu Sangam (MHS), tak lantik Arun Dorasamy dia punya persatuan namanya Agamam Ani adalah salah satu persatuan di bawah Malaysia Hindu Sangam.
- “Untuk apa-apa isu keagamaan kita selalu bincang dengan persatuan-persatuan lain di bawah naungan Malaysia Hindu Sangam dan selepas perbincangan wakil Hindu Sangam sama ada presiden ataupun secretary (setiausaha) yang akan bagi statement (kenyataan) kita tidak lantik siapa-siapa individu jadi jurucakap,” kata Timbalan Presiden Malaysia Hindu Sangam, Ganesh Babu Rao kepada The Merdeka Times (TMT) di sini hari ini.
- TMT mendapatkan penjelasan tersebut ekoran terdapat laporan media tempatan bertarikh 11 Jun lalu melaporkan Arun Dorasamy mengeluarkan kenyataan dalam satu isu dengan memposisikan diri sebagai jurucakap Malaysia Hindu Sangam.
- Ia menimbulkan tanda tanya kerana difahamkan Arun Dorasamy adalah individu bankrap menyebabkan beliau hilang kelayakan memegang sebarang jawatan dalam mana-mana badan berkanun, koperasi berdaftar atau organisasi.
KUALA LUMPUR — Malaysia Hindu Sangam (MHS) tidak pernah melantik mana-mana individu, termasuk Arun Dorasamy, untuk menjadi jurucakap bagi pertubuhan itu, kata Timbalan Presidennya, Ganesh Babu Rao.
Ganesh berkata sebarang kenyataan dikeluarkan Malaysia Hindu Sangam dalam apa-apa isu keagamaan adalah daripada presiden dan setiausaha persatuan itu kerana pihaknya tidak membuat sebarang pelantikan ke atas mana-mana individu untuk menjadi jurucakap.
“Kita tak lantik sesiapa jadi jurucakap Malaysia Hindu Sangam, tak lantik Arun Dorasamy dia punya persatuan namanya Agamam Ani adalah salah satu persatuan di bawah Malaysia Hindu Sangam.
“Untuk apa-apa isu keagamaan kita selalu bincang dengan persatuan-persatuan lain di bawah naungan Malaysia Hindu Sangam dan selepas perbincangan wakil Hindu Sangam sama ada presiden ataupun secretary (setiausaha) yang akan bagi statement (kenyataan) kita tidak lantik siapa-siapa individu jadi jurucakap,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
The Merdeka Times mendapatkan penjelasan tersebut ekoran melihat terdapat laporan media tempatan bertarikh 11 Jun lalu yang melaporkan Arun Dorasamy mengeluarkan kenyataan dalam satu isu dengan memposisikan dirinya sebagai jurucakap Malaysia Hindu Sangam.
Situasi itu menimbulkan tanda tanya kerana difahamkan Arun Dorasamy juga mendakwa dirinya adalah Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, sedangkan carian di laman sesawang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mendapati pengerusi Pertubuhan Hindu Agamam Ami Malaysia adalah individu bernama Ravi A/L Dorasamy.
Arun Dorasamy juga didakwa seorang individu bankrap yang menyebabkan beliau hilang kelayakan memegang sebarang jawatan dalam mana-mana badan berkanun, koperasi berdaftar atau organisasi.
Malah, seorang peguam, Shamsher Singh Thind pada Januari lalu turut dilaporkan mempersoalkan kredibiliti Arun Dorasamy yang disifatkan sebagai pembohong dan bankrap.
“Arun Dorasamy seorang yang bankrap. Dia bukan seorang peguam dan saya juga tidak pasti jika dia seorang graduan lulusan undang-undang.
“Dia juga bukan pemegang jawatan di Pertubuhan Hindu Agamam Ani Malaysia, dan setahu saya, Pusat Khidmat Hindu adalah sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar,” katanya menerusi hantaran di Facebook. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/