Connect with us

Antarabangsa

Tentera zionis heret wanita Palestin tua guna anjing

Seorang wanita Palestin tua di Jabalia, utara Gaza, diserang anjing tentera rejim Israel berdasarkan klip video dirakam kamera dipasang pada haiwan itu yang diperoleh Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang wanita Palestin tua di Jabalia, utara Gaza, diserang anjing tentera rejim Israel berdasarkan klip video dirakam kamera dipasang pada haiwan itu yang diperoleh Al Jazeera.
  • Wanita itu, Dawlat Abdullah Al Tanani, 66, memberitahu dia diserang dan digigit ketika sedang tidur di rumahnya sehingga tulangnya patah.
  • Wanita itu menolak untuk meninggalkan rumahnya sehingga menyebabkan tentera Israel melepaskan anjing ke arahnya semasa dia berada di atas katil.
  • Anjing itu “menyeret dan menarik saya hingga ke pintu masuk (rumah). Sekarang saya mengalami kecederaan serius. Tiada hospital atau apa-apa untuk merawat kecederaan saya. Tangan saya masih belum dirawat,” katanya kepada Al Jazeera.

Seorang wanita Palestin tua di Jabalia, utara Gaza, diserang anjing tentera rejim Israel berdasarkan klip video dirakam kamera dipasang pada haiwan itu yang diperoleh Al Jazeera.

Wanita itu, Dawlat Abdullah Al Tanani, 66, memberitahu dia diserang dan digigit ketika sedang tidur di rumahnya sehingga tulangnya patah.

Wanita itu menolak untuk meninggalkan rumahnya sehingga menyebabkan tentera Israel melepaskan anjing ke arahnya semasa dia berada di atas katil.

Anjing itu “menyeret dan menarik saya hingga ke pintu masuk (rumah). Sekarang saya mengalami kecederaan serius. Tiada hospital atau apa-apa untuk merawat kecederaan saya. Tangan saya masih belum dirawat,” katanya kepada Al Jazeera.

“Sekarang, saya menderita akibat (kecederaan pada) lengan saya dan kecederaan saya adalah serius. Tiada hospital atau ubat,” katanya.

Duta Palestin ke United Kingdom (UK), Husam Zomlot mengecam rakaman mengejutkan itu yang memperlihatkan seekor anjing tentera Israel menyerang dan menggigit wanita Palestin terbabit.

“Pengecut!” kata Zomlot dalam satu hantaran di media sosialnya berkongsi rakaman video tersebut. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Oklahoma arah semua sekolah awam ajar Bible

Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.
  • Arahan kepada supritendan pendidikan di seluruh negeri oleh Superintendan Republikan, Ryan Walters menyatakan pematuhan kepada arahan itu adalah wajib dan “pematuhan segera dan ketat dijangka”.
  • “Setiap guru, setiap bilik darjah di negeri ini akan mempunyai Bible di dalam bilik darjah, dan akan mengajar daripada Bible,” kata Walters dalam klip video disiarkan di akaun X rasminya dipetik CBS News. 
  • Arahan itu dilihat sebagai usaha terbaharu negeri diperintah pihak konservatif untuk menyasarkan sekolah awam di mana sebelum ini Louisiana menetapkan penyiaran Sepuluh Perintah (Ten Commandments) di dalam bilik darjah dan arahan itu memerlukan paparan bersaiz poster Sepuluh Perintah dalam “font besar dan mudah dibaca” dalam semua bilik darjah awam, dari tadika hingga universiti yang dibiayai kerajaan. 

Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.

Arahan kepada supritendan pendidikan di seluruh negeri oleh Superintendan Republikan, Ryan Walters menyatakan pematuhan kepada arahan itu adalah wajib dan “pematuhan segera dan ketat dijangka”.

“Bible adalah dokumen sejarah yang diperlukan untuk mengajar anak-anak kita tentang negara ini,” kata Walters dalam klip video disiarkan di akaun X rasminya dipetik CBS News. 

Beliau berkata beberapa tokoh menggunakan Bible sebagai asas untuk dokumen asas dan pergerakan di negara ini. 

“Setiap guru, setiap bilik darjah di negeri ini akan mempunyai Bible di dalam bilik darjah, dan akan mengajar daripada Bible,” kata Walters.

Arahan itu dilihat sebagai usaha terbaharu negeri diperintah pihak konservatif untuk menyasarkan sekolah awam di mana sebelum ini Louisiana menetapkan penyiaran Sepuluh Perintah (Ten Commandments) di dalam bilik darjah dan arahan itu memerlukan paparan bersaiz poster Sepuluh Perintah dalam “font besar dan mudah dibaca” dalam semua bilik darjah awam, dari tadika hingga universiti yang dibiayai kerajaan. 

Kumpulan kebebasan awam dilaporkan memfailkan tuntutan mahkamah beberapa hari selepas arahan itu dikeluarkan dengan mengatakan undang-undang terbabit melanggar pemisahan gereja dan negeri, dan paparan itu akan mengasingkan pelajar, terutama mereka yang bukan beragama Kristian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending