Terkini
Isu mualaf keluar Islam: ‘Jangan anggap tukar agama macam tukar baju’ – Peguam
Pengamal undang-undang mengingatkan tindakan menukar agama tidak boleh dianggap sama seperti menukar baju susulan pandangan seorang pastor di Malaysia bahawa perlu ada kebebasan buat kelompok mualaf untuk keluar daripada Islam, terutama apabila mereka berubah fikiran.
- Peguam, Aidil Khalid mengingatkan tindakan menukar agama tidak boleh dianggap sama seperti menukar baju susulan pandangan seorang pastor di Malaysia bahawa perlu ada kebebasan buat kelompok mualaf untuk keluar daripada Islam, terutama apabila mereka berubah fikiran.
- Ini kerana untuk seseorang mualaf itu keluar daripada Islam, beliau perlu melalui beberapa proses ditetapkan enakmen syariah, termasuk proses istitabah atau diberikan ruang untuk bertaubat.
- “Kalau nak minta seolah-olah kebebasan itu, hari ini dia Islam esok dia nak keluar (Islam), tak bolehlah macam itu dia tukar-tukar (agama)… dia bila masuk dalam sesuatu agama itu terutama agama Islam yang menyeluruh konsep dan sifatnya dia masuk dengan sistemnya sekali sebab dia ada banyak kesan-kesan lain contohnya dari sudut perkahwinannya, kalau dia meninggal nanti harta pusaka dia dan sebagainya.
- “Jadi dia tak boleh nak minta tuntut oklah kalau dia tidak percaya (Islam) dia terus tiba-tiba nak keluar Islam, dia kena lalui proses itu dalam sistem penghakiman sebab dia ada banyak kesan-kesan yang lain,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
- Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang dakwaan kesukaran untuk mualaf keluar Islam apabila mereka berubah fikiran dan ia hampir mustahil sekalipun melalui proses mahkamah syariah, mahkamah sivil dan sebagainya.
- Turut mengulas isu sama, Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam PERKASA, Profesor Madya Dr Amini Amir Abdullah berkata pihaknya memandang serius isu tersebut yang disifatkan sebagai 3R kerana ia membabitkan persoalan murtad dan boleh dilihat mencampuri urusan umat Islam dan agama Islam sebagai agama persekutuan.
KUALA LUMPUR — Pengamal undang-undang mengingatkan tindakan menukar agama tidak boleh dianggap sama seperti menukar baju susulan pandangan seorang pastor di Malaysia bahawa perlu ada kebebasan buat kelompok mualaf untuk keluar daripada Islam, terutama apabila mereka berubah fikiran.
Peguam, Aidil Khalid berkata ini kerana untuk seseorang mualaf itu keluar daripada Islam, beliau perlu melalui beberapa proses yang ditetapkan enakmen syariah, termasuk proses istitabah atau diberikan ruang untuk bertaubat.
“Kita tak boleh nak anggap tukar agama ini macam nak tukar baju, dia ada proses kena lalui dan soal agama ini tidak boleh diambil ringan.
“Kalau nak minta seolah-olah kebebasan itu, hari ini dia Islam esok dia nak keluar (Islam), tak bolehlah macam itu dia tukar-tukar (agama)… dia bila masuk dalam sesuatu agama itu terutama agama Islam yang menyeluruh konsep dan sifatnya dia masuk dengan sistemnya sekali sebab dia ada banyak kesan-kesan lain, contohnya dari sudut perkahwinannya, kalau dia meninggal nanti harta pusaka dia dan sebagainya.
“Jadi dia tak boleh nak minta tuntut oklah kalau dia tidak percaya (Islam) dia terus tiba-tiba nak keluar Islam, dia kena lalui proses itu dalam sistem penghakiman sebab dia ada banyak kesan-kesan yang lain,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang dakwaan kesukaran untuk mualaf keluar Islam apabila mereka berubah fikiran dan ia hampir mustahil sekalipun melalui proses mahkamah syariah, mahkamah sivil dan sebagainya.
Susulan itu, Pastor Albert Kok dari Vision Harvest Church berpandangan perlu ada kebebasan untuk mualaf kembali atau keluar daripada Islam, terutama jika mereka berubah fikiran atau tidak mengamalkan ibadat agama tersebut.
Mengulas lanjut, Aidil berkata perkara berkenaan isu hak mualaf untuk keluar Islam perlu dilihat dari dua sudut.
Katanya, sudut pertama ialah sekiranya mualaf itu selepas memeluk agama Islam dia didapati sememangnya mengamalkan ajaran dan mempercayai agama tersebut, namun kemudiannya ingin keluar Islam dan dalam senario itu akan ada proses seperti istitabah dan lain-lain yang perlu dilalui mualaf terbabit.
“Ada pula keadaan-keadaan tertentu mualaf ini dia masuk Islam atas kertas je sebab dia nak kahwin, tapi dia boleh buktikan dia tak pernah mengamalkan Islam dia cuma atas kertas sahaja tidak pernah dapat pendidikan dan panduan.
“(Masuk Islam) semata-mata sebab nak kahwin ja lepas dah kahwin pun suami tak bagi pendidikan dan sebagainya, jadi dalam keadaan-keadaan seperti itu dia boleh kemukakan kes di mahkamah syariah, tapi dia kena buktikan benda itu dan mahkamah syariah ada prosesnya yang boleh (buat) penetapan bahawa seseorang itu Islam atau bukan Islam,” katanya.
Turut mengulas isu sama, Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam (Bihalim) PERKASA, Profesor Madya Dr Amini Amir Abdullah berkata pihaknya memandang serius isu tersebut yang disifatkan sebagai 3R kerana ia membabitkan persoalan murtad dan boleh dilihat mencampuri urusan umat Islam dan agama Islam sebagai agama persekutuan.
Beliau berkata adalah tidak wajar menyamakan pengalaman agama lain dengan isu mualaf dan dalam konteks Islam isu akidah tidak boleh dipermainkan di mana salah satu daripada Maqasid Syariah ialah pemeliharaan agama termasuk akidah Islamiah.
“Pastor Albert, lihatlah dahulu penganut agama anda. Jangan gunakan pendekatan agama anda untuk diterapkan dalam agama kami iaitu Islam,” katanya. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/