Connect with us

Antarabangsa

Hanya pilih produk halal, ‘The Muslim Mum’ kini sasaran baharu peniaga Australia

‘The Muslim Mum’. Itulah demografi teras sasaran baharu peniaga Australia selepas mereka beralih dari fokus perniagaan di China kepada eksport produk baharu diperakui halal ke Asia Tenggara dan Timur Tengah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Hanya pilih produk halal, 'The Muslim Mum’ kini sasaran baharu peniaga Australia
Foto: Betul Turker kehilangan pekerjaannya dan menemui pasaran baharu yang belum diterokai ramai, sumber ABC News.
  • Peniaga Australia kini beralih ke demografi sasaran perniagaan baharu, ‘The Muslim Mum’ yang meningkat permintaannya berbanding pasaran China.
  • Usahawan wanita, Betul Turker membuka kedai makanan kesihatan bagi menyediakan produk diperakui halal susulan permintaan tinggi komuniti muslim. 
  • Ramai ibu muda Islam datang ke kedainya kerana tidak mahu menggunakan produk yang mengandungi produk haiwan tertentu atau alkohol susulan larangan agama yang tidak membenarkannya.
  • Data menunjukkan 1.9 bilion umat Islam di dunia membelanjakan USD3 trilion pada 2021 merentasi sektor makanan, farmaseutikal, kosmetik, fesyen, pelancongan, media serta rekreasi.

SYDNEY – ‘The Muslim Mum’. Itulah demografi teras sasaran baharu peniaga Australia selepas mereka beralih dari fokus perniagaan di China kepada eksport produk baharu diperakui halal ke Asia Tenggara dan Timur Tengah.

Dua tahun lalu, susulan wabak Covid-19, seorang usahawan wanita, Betul Turker kehilangan pekerjaannya dan menemui pasaran baharu yang belum diterokai ramai.

Dia membuka kedai makanan kesihatan di komuniti Coolaroo yang berkembang pesat dengan pelbagai budaya di utara Melbourne, yang mana lebih 30 peratus populasinya adalah Muslim. 

“Kami telah melihat peningkatan besar dalam kalangan ibu muda yang ingin membeli produk pembersihan rendah tox (kurang bahan kimia), terutamanya apabila mereka memulakan keluarga baharu,” kata Turker dipetik ABC News.

Ramai ibu muda Islam yang datang ke kedainya tidak mahu menggunakan produk yang mengandungi produk haiwan tertentu, atau alkohol, kerana agama mereka tidak membenarkannya.

Kesemua produk dijual di kedainya, The Nutrition Corner, bermula daripada vitamin, kosmetik dan produk-produk pembersihan adalah berasaskan vegan, organik dan disahkan halal. 

“Kosmetik halal bermaksud bahan yang digunakan diperakui halal dan hal ini menjadi kebiasaan apabila produk penjagaan kulit dan solekan menggunakan lemak haiwan sebagai pengemulsi, menggunakan alkohol sebagai pengawet,” katanya. 

Laporan Ekonomi Islam Global terkini menyatakan 1.9 bilion umat Islam di dunia membelanjakan kira-kira USD3 trilion pada 2021 merentasi sektor makanan, farmaseutikal, kosmetik, fesyen, pelancongan, media dan rekreasi.

Ini merupakan peningkatan hampir sembilan peratus dalam perbelanjaan berbanding tahun sebelumnya.

Tidak termasuk sektor kewangan, perbelanjaan Muslim diramal mencecah USD4 trilion menjelang 2025. Itu bersamaan kadar pertumbuhan tahunan empat tahun sebanyak 7.5 peratus.

Sumber: ABC News

Author