Terkini
Iktiraf Palestin ‘ganjaran’ untuk Hamas, Netanyahu berang dengan Ireland, Sepanyol dan Norway
Mengiktiraf negara Palestin umpama memberi ganjaran kepada Hamas untuk serangan 7 Oktober lalu, kata Benjamin Netanyahu.
- Mengiktiraf negara Palestin umpama memberi ganjaran kepada Hamas untuk serangan 7 Oktober lalu, kata Benjamin Netanyahu.
- Perdana Menteri negara haram Israel itu berkata demikian di platform X hari ini, ternyata berang dengan hasrat Ireland, Sepanyol dan Norway mengiktiraf kenegaraan Palestin minggu depan.
- “Niat beberapa negara Eropah untuk mengiktiraf negara Palestin adalah ganjaran untuk keganasan,” kata Netanyahu yang kini berdepan risiko waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ekoran jenayah perang rejim zionis Israel di Gaza.
- “Ia akan menjadi negara pengganas,” kata Netanyahu mendakwa Hamas akan cuba mengulangi insiden 7 Oktober lalu.
- Terdahulu, tiga negara blok Kesatuan Eropah (EU) iaitu Ireland, Sepanyol dan Norway mengumumkan rancangan mengiktiraf secara rasmi negara Palestin pada 28 Mei ini yang dijangka membantu meningkatkan kesedaran perjuangan warga Palestin di peringkat global.
KUALA LUMPUR – Mengiktiraf negara Palestin umpama memberi ganjaran kepada Hamas untuk serangan 7 Oktober lalu, kata Benjamin Netanyahu.
Perdana Menteri negara haram Israel itu berkata demikian di platform X hari ini, ternyata berang dengan hasrat Ireland, Sepanyol dan Norway mengiktiraf kenegaraan Palestin minggu depan.
“Niat beberapa negara Eropah untuk mengiktiraf negara Palestin adalah ganjaran untuk keganasan,” kata Netanyahu yang kini berdepan risiko waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ekoran jenayah perang rejim zionis Israel di Gaza.
Merujuk kepada Hamas, Netanyahu berkata “kejahatan” tidak boleh diberi sebuah negara.
“Ia akan menjadi negara pengganas. Ia akan cuba melakukan pembunuhan beramai-ramai 7 Oktober berulang-ulang kali dan untuk itu, kami tidak akan menyetujuinya.
“Memberi ganjaran kepada keganasan tidak akan membawa keamanan dan ia juga tidak menghalang kita daripada mengalahkan Hamas,” kata Netanyahu.
Israel Katz pula dilaporkan berkata keputusan itu akan membawa “akibat yang teruk”.
Menteri Luar Israel itu juga mengarahkan duta negaranya segera pulang dari ketiga-tiga negara Eropah terbabit, lapor agensi berita Reuters.
Terdahulu, tiga negara blok Kesatuan Eropah (EU) iaitu Ireland, Sepanyol dan Norway mengumumkan rancangan mengiktiraf secara rasmi negara Palestin pada 28 Mei ini yang dijangka membantu meningkatkan kesedaran perjuangan warga Palestin di peringkat global. – The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di pautan https://support.themerdekatimes.com/