Connect with us

Antarabangsa

Waran tangkap Netanyahu & pegawai Israel, Senator Republikan AS ugut Ketua Pendakwa Raya ICC

Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan diberi amaran supaya tidak mengeluarkan waran tangkap antarabangsa terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan pegawai Israel yang lain.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Surat yang ditandatangani 12 senator.
  • Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan diberi amaran supaya tidak mengeluarkan waran tangkap antarabangsa terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan pegawai Israel yang lain.
  • Perkara itu dilakukan sekumpulan senator berpengaruh parti Republikan Amerika Syarikat (AS) yang menghantar surat kepadanya dengan ancaman “sekatan berat” jika dia berbuat demikian.
  • Surat satu halaman ringkas diperoleh secara eksklusif oleh Zeteo itu ditandatangani 12 senator, termasuk Tom Cotton dari Arkansas, Marco Rubio dari Florida, dan Ted Cruz dari Texas.
  • Khan dimaklumkan sebarang cubaan ICC untuk menahan Netanyahu dan rakan sekerjanya untuk mempertanggungjawabkan tindakan mereka di Gaza akan ditafsirkan “bukan sahaja sebagai ancaman kepada kedaulatan Israel tetapi kepada kedaulatan Amerika Syarikat”.
  • “Sasarkan Israel dan kami akan sasarkan kamu,” senator terbabit memberitahu Khan sambil menambah bahawa mereka akan “menghukum pekerja dan rakan sekutu, dan halang kamu dan keluarga kamu dari Amerika Syarikat,” kata kenyataan itu.

Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan diberi amaran supaya tidak mengeluarkan waran tangkap antarabangsa terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan pegawai Israel yang lain.

Perkara itu dilakukan sekumpulan senator berpengaruh parti Republikan Amerika Syarikat (AS) yang menghantar surat kepadanya dengan ancaman “sekatan berat” jika dia berbuat demikian.

Surat satu halaman ringkas diperoleh secara eksklusif oleh Zeteo itu ditandatangani 12 senator, termasuk Tom Cotton dari Arkansas, Marco Rubio dari Florida, dan Ted Cruz dari Texas.

Khan dimaklumkan sebarang cubaan ICC untuk menahan Netanyahu dan rakan sekerjanya untuk mempertanggungjawabkan tindakan mereka di Gaza akan ditafsirkan “bukan sahaja sebagai ancaman kepada kedaulatan Israel tetapi kepada kedaulatan Amerika Syarikat”.

“Sasarkan Israel dan kami akan sasarkan kamu,” senator terbabit memberitahu Khan sambil menambah bahawa mereka akan “menghukum pekerja dan rakan sekutu, dan halang kamu dan keluarga kamu dari Amerika Syarikat,” kata kenyataan itu.

Surat itu diakhiri dengan kata-kata “kamu telah diberi amaran”.

Dalam satu kenyataan kepada Zeteo, Senator Demokrat Chris Van Hollen dari Maryland menjelaskan perbezaan menentang tindakan kehakiman dengan mengancam melalui tindakan samseng. 

“Ia (diterima) baik untuk menyatakan penentangan terhadap kemungkinan tindakan kehakiman, tetapi adalah salah sama sekali untuk campur tangan dalam hal kehakiman dengan mengancam pegawai kehakiman, ahli keluarga mereka dan pekerja mereka dengan pembalasan. (Sikap) samseng ini bersesuaian dengan mafia, bukan senator AS,” kata senator Demokrat itu.

Berdasarkan Statut Rom 2002, ICC boleh mendakwa individu dengan jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai.

Laporan baru-baru ini mencadangkan pegawai Israel semakin mempercayai bahawa ICC sedang menyediakan waran tangkap untuk Netanyahu dan pegawai kanan kabinet dan tentera yang lain. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *