Terkini
“Saya yakin UMNO, BERSATU, PAS akan terkubur dalam masa 5-6 tahun” – Rafizi Ramli
Rafizi Ramli, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat berkata, “Saya yakin UMNO – Barisan Nasional akan terkubur dalam masa 5 ke 6 tahun dari sekarang.”

- Rafizi Ramli selaku Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat menyuarakan ‘kepastian’ bahawa UMNO dan Barisan Nasional akan terkubur 5 ke 6 tahun lagi.
- Ini kerana melihat kepada kerosakan teruk yang berlaku terhadap parti UMNO ketika ini, mustahil kerosakan itu dapat dipulihkan.
- Sekiranya UMNO, Barisan Nasional, BERSATU dan PAS tidak boleh menang dalam pilihan raya akan datang dan seterusnya, maka mereka akan terus lemah.
- Namun Rafizi mengingatkan supaya semua pihak bersedia membantu golongan rakyat yang bakal menjadi mangsa banjir dalam tempoh 2 ke 3 minggu akan datang.
- Menjaga kebajikan rakyat merupakan tugas penting kerajaan berbanding memikirkan tarikh untuk membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya.
Kuala Lumpur – Rafizi Ramli, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat berkata, “Saya yakin UMNO – Barisan Nasional akan terkubur dalam masa 5 ke 6 tahun dari sekarang.”
Beliau berkata demikian dalam Rapat Mega Keadilan yang berlangsung di Tapak Bazar Ramadan Taman Melawati pada Ahad lepas. Video ucapan itu dikongsikan oleh beliau melalui Facebooknya hari ini.
Beliau berkata, mustahil parti yang begitu rosak begini boleh bina balik kekuatan dari bawah untuk mendepani cabaran pada hari ini.
“Jangan bimbang. UMNO, Barisan Nasional, BERSATU, PAS tidak boleh melepasi PRU kali ini dan akan datang, maka mereka akan lemah,”katanya.
Namun masalah akan wujud kepada Parti Keadilan Nasional apabila mereka menang dan ambil alih pimpinan kerajaan, bagaimanakah kerajaan yang akan mereka warisi? Ini kerana masalah yang ditimbulkan kerajaan terdahulu terlalu besar untuk diselesaikan.
Sebelum itu, Rafizi mengingatkan semua agar bersedia membantu mangsa-mangsa banjir yang akan menjadi mangsa menjelang musim banjir beberapa minggu lagi. Beliau turut menempelak pihak kerajaan yang mengutamakan pilihan raya umum berbanding membantu menyelesaikan masalah banjir yang telah lama berlarutan.
Beliau berkata, “Ahli politik yang hebat mana pun jika tidak hiraukan kebajikan rakyat. Tak lama nanti rakyat akan menghukum mereka.” Hal ini telah terjadi kepada sejarah Amerika Syarikat sewaktu Presiden George Bush memerintah dan kemudian kalah kepada Presiden Obama dalam pilihan raya kerana tidak perihatin kepada kebajikan rakyat.
Sumber : Facebook Rafizi Ramli

You must be logged in to post a comment Login