Connect with us

Terkini

Siasatan dakwaan Firdaus Wong diugut dirujuk ke Bukit Aman

Siasatan berhubung dakwaan pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menerima ugutan bunuh, pukul dan fitnah telah diserahkan kepada Bukit Aman.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tangkap layar artikel Firdaus Wong Wai Hung membuat laporan polis.
  • Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata siasatan kes berkenaan diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.
  • “Kertas siasatan telah dibuka bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Kes disiasat oleh USJT JSJ Bukit Aman,” katanya dipetik Sinar Harian pada Ahad.
  • The Merdeka Times pada Rabu lalu melaporkan Firdaus Wong membuat enam laporan polis terhadap lima individu berhubung fitnah dan ugutan bunuh diterima beliau dan keluarga.

KUALA LUMPUR — Siasatan berhubung dakwaan pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menerima ugutan bunuh, pukul dan fitnah telah diserahkan kepada Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata siasatan kes berkenaan diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

“Kertas siasatan telah dibuka bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Kes disiasat oleh USJT JSJ Bukit Aman,” katanya dipetik Sinar Harian pada Ahad.

The Merdeka Times pada Rabu lalu melaporkan Firdaus Wong membuat enam laporan polis terhadap lima individu berhubung fitnah dan ugutan bunuh diterima beliau dan keluarga.

Firdaus Wong menyifatkan laporan dibuat itu sebagai permulaan kerana kemungkinan lebih banyak laporan akan dibuat ke atas individu yang memfitnah beliau.

“Satu laporan ugutan bunuh terhadap saya dan ahli keluarga. Satu laporan ugutan pukul dan selebihnya adalah kerana memfitnah saya.

“Ugut dan fitnahlah saya macam mana pun, sesekali saya tidak pernah gentar dan akan meneruskan dakwah saya,” katanya.

Firdaus Wong bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut ugutan bunuh dan pukul yang diterimanya adalah berhubung isu apa, begitu juga dengan bentuk fitnah yang dilemparkan ke atas beliau hingga menyebabkan beberapa laporan polis dibuat. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *