Terkini
Lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM12,000 akibat perolok isu stoking kalimah Allah
Juruteknik aplikasi sosial yang dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 mendakwa hanya menjadi ‘keyboard warrior’ dan tidak mengetahui kalimah ‘Allah’ ditulis adalah menghina agama Islam.
- Juruteknik aplikasi sosial yang dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 mendakwa hanya menjadi ‘keyboard warrior’ dan tidak mengetahui kalimah ‘Allah’ ditulis adalah menghina agama Islam.
- Tertuduh, Chiok Wai Loong, 34, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan membuat hantaran bersifat jelik berkaitan kalimah Allah.
- Dalam rayuannya, lelaki berkenaan memohon tidak dipenjarakan kerana tidak mahu kehilangan kerja.
- “Saya tidak sengaja, hanya mahu menjadi ‘keyboard warrior’, saya tidak tahu perkataan itu sensitif kepada orang lain.
- “Kami orang Cina ada rantai kaki dan tangan serta tatu Tuhan di pelbagai bahagian badan, ingat hanya kecil punya hal, saya tidak tahu perkataan ini boleh jadi menghina,” katanya dipetik Berita Harian di sini hari ini.
- Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh bagaimanapun, memohon hukuman berat, setimpal dan menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar sana.
KUALA LUMPUR — Juruteknik aplikasi sosial yang dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 mendakwa hanya menjadi ‘keyboard warrior’ dan tidak mengetahui kalimah ‘Allah’ ditulis adalah menghina agama Islam.
Tertuduh, Chiok Wai Loong, 34, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan membuat hantaran bersifat jelik berkaitan kalimah Allah.
Dalam rayuannya, lelaki berkenaan memohon tidak dipenjarakan kerana tidak mahu kehilangan kerja.
“Saya tidak sengaja, hanya mahu menjadi ‘keyboard warrior’, saya tidak tahu perkataan itu sensitif kepada orang lain.
“Kami orang Cina ada rantai kaki dan tangan serta tatu Tuhan di pelbagai bahagian badan, ingat hanya kecil punya hal, saya tidak tahu perkataan ini boleh jadi menghina,” katanya dipetik Berita Harian di sini hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh bagaimanapun, memohon hukuman berat, setimpal dan menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar sana.
“Sebanyak 24 laporan polis dibuat orang ramai berhubung isu ini yang menunjukkan keseriusan hantaran yang dibuat bersifat sensitif kepada penganut agama Islam,” katanya.
The Merdeka Times pada 18 Mac lalu melaporkan Wai Loong membuat permohonan maaf di Facebook (FB) kerana memuat naik status seakan-akan menyindir reaksi Muslim yang dilihat terlalu ‘sensitif’ dalam insiden penjualan stoking yang tertera tulisan kalimah Allah di sebuah kedai serbaneka baru-baru ini.
Difahamkan, Chiok Wai Loong membuat permohonan maaf menerusi satu klip video selepas ditemui pengguna FB Tok Panglima Aduka yang mencari Wai Loong di rumah ibu bapa lelaki itu susulan hantaran FB ditulis Wai Loong tular di media sosial.
Wai Loong sebelum ini menulis dua hantaran berbeza yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam iaitu berkenaan insiden stoking tertera tulisan kalimah Allah yang dilihat menambah ketegangan orang ramai, termasuk memuat naik gambar stoking yang mempunyai wajahnya sendiri dengan hantaran, ‘Saya hina saya sendiri…siapa nak beli?…’.
Kedua-dua hantaran itu didapati sudah dipadamkan di FB Wai Loong, bagaimanapun tangkap layar hantaran berkenaan tetap ‘menular’ di media sosial, terutama Facebook. — The Merdeka Times