Connect with us

Terkini

Isu ‘teddy bear’: Bukan Muslim jangan campur, kritik urusan Islam – Apek Cina

Seorang peguam Cina mengingatkan masyarakat bukan Islam untuk tidak mencampuri atau mengkritik urusan dalaman agama Islam susulan ramai netizen bukan Muslim dilihat menyindir penceramah selebriti yang mengatakan haram tidur dengan patung seperti ‘teddy bear’.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Isu ‘teddy bear’: Bukan Muslim jangan campur, kritik urusan Islam – Apek Cina
Foto: Penceramah Selebriti, Ustaz Azhar Idrus (UAI) (kiri) & Peguam, Tai Zee How (kanan).
  • Seorang peguam Cina mengingatkan masyarakat bukan Islam untuk tidak mencampuri atau mengkritik urusan dalaman agama Islam susulan ramai netizen bukan Muslim dilihat menyindir penceramah selebriti yang mengatakan haram tidur dengan patung seperti ‘teddy bear’.
  • Peguam, Tai Zee How yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Apek Cina’ berkata, ini kerana amalan agama atau kebudayaan Cina tidak pernah dikritik, sekalipun ada perkara yang boleh diperlekehkan pihak lain, termasuk Muslim.
  • “Nasihat saya adalah : if you are not Muslim, do not meddle, interfere or criticize Islam’s internal affairs. Jangan kami campur tangan atau kritik hal dalaman agama İslam.
  • “Kita bakar “duit neraka” untuk moyang atau hantu tepi jalan agar mereka boleh pakai di “neraka”. Bakar sampai udara tercemar itu pun orang tak kritik kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini dengan memuat naik tangkap layar laporan berita tempatan bertajuk, ‘Haram tidur dengan patung seperti ‘teddy bear’ – UAI’.
  • Semalam, media melaporkan penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjelaskan hukum tidur dengan patung mainan adalah haram.
  • Penjelasan itu mengundang sindiran netizen bukan Muslim yang menulis komen di hantaran media tempatan menerusi Facebook seperti meluahkan rasa kasihan kerana hidup kelompok Muslim dipenuhi pelbagai ‘larangan’.

KUALA LUMPUR — Seorang peguam Cina mengingatkan masyarakat bukan Islam untuk tidak mencampuri atau mengkritik urusan dalaman agama Islam susulan ramai netizen bukan Muslim dilihat menyindir penceramah selebriti yang mengatakan haram tidur dengan patung seperti ‘teddy bear’.

Peguam, Tai Zee How yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Apek Cina’ berkata, ini kerana amalan agama atau kebudayaan Cina tidak pernah dikritik, sekalipun ada perkara yang boleh diperlekehkan pihak lain, termasuk Muslim.

Antara amalan itu adalah membakar ‘duit neraka’ untuk moyang atau hantu tepi jalan agar mereka dapat menggunakannya di ‘neraka’, ‘menghidangkan’ makanan kepada individu meninggal dunia dan pergi tokong sembahyang minta nombor ekor, namun ia masih tidak dikritik atau diperlekehkan oleh kaum lain di negara ini.

“Nasihat saya adalah : if you are not Muslim, do not meddle, interfere or criticize Islam’s internal affairs. Jangan kami campur tangan atau kritik hal dalaman agama İslam.

“…. Kita “hidangkan” kuih lekat manis untuk “bodek” Dewa Dapur “灶君” supaya kata-kata manis dilaporkan kepada Maharaja Syurga pun orang tak gelak kita. 

“Kita bakar “duit neraka” untuk moyang atau hantu tepi jalan agar mereka boleh pakai di “neraka”. Bakar sampai udara tercemar itu pun orang tak kritik kita. 

“Apa kita nak gelak, sindir, campur tangan agama orang lain? Bagi agama yang lain, jangan kita masuk campur tangan atau kritik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini dengan memuat naik tangkap layar laporan berita tempatan bertajuk, ‘Haram tidur dengan patung seperti ‘teddy bear’ – UAI’.

Semalam, media melaporkan penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjelaskan hukum tidur dengan patung mainan adalah haram.

UAI berkata ketika ini ramai golongan perempuan tidur bersama patung sedangkan hukumnya haram dan hanya dibolehkan untuk kanak-kanak bermain.

Justeru beliau mengingatkan ibu bapa tidak membiarkan anak-anak tidur dengan patung permainan seperti ‘teddy bear’.

Penjelasan itu mengundang sindiran netizen bukan Muslim yang menulis komen di hantaran media tempatan menerusi Facebook seperti meluahkan rasa kasihan kerana hidup kelompok Muslim dipenuhi pelbagai ‘larangan’.

Foto : Tangkap layar komen netizen menerusi hantaran media tempatan di FB.

Peringatan Apek kepada masyarakat bukan Islam itu bukan kali pertama disuarakan beliau kerana pada 22 September 2022, beberapa individu bukan beragama Islam yang mempertikaikan larangan ke atas Muslim untuk menggunakan ucapan Rest In Peace (R.I.P) bagi mereka meninggal dunia juga dibidasnya.

Beliau mengingatkan kelompok itu untuk menjaga urusan mereka sendiri dan membiarkan Muslim mengendalikan hal dalaman mereka sendiri tanpa campur tangan pihak lain. —- The Merdeka Times

Sumber : Facebook Ulasan Apek Cina

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *