Connect with us

Terkini

Israel tahan 8,600 warga Palestin – Kumpulan hak asasi manusia

Sekurang-kurangnya 8,600 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel, termasuk tahanan dari Gaza, demikian menurut Pusat Pertahanan Individu (HaMoked).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Israel tahan 8,600 warga Palestin – Kumpulan hak asasi manusia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 8,600 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel, termasuk tahanan dari Gaza, demikian menurut Pusat Pertahanan Individu (HaMoked).
  • Mereka yang ditahan, termasuk 3,291 individu ditahan tanpa perbicaraan atau pertuduhan di bawah dasar penahanan pentadbiran rejim Israel.
  • Demikian perkongsian kumpulan hak asasi manusia itu dalam kenyataan berdasarkan angka dikeluarkan Perkhidmatan Penjara Israel.
  • Sekitar 661 warga Palestin diklasifikasikan Israel sebagai “pejuang yang menyalahi undang-undang” ditahan sejak tercetusnya serangan di Gaza pada 7 Oktober lalu.
  • “Perlakuan Israel terhadap banduan keselamatan (tahanan Palestin) melanggar hak kesaksamaan, maruah, kehidupan keluarga, pendidikan dan lain-lain, melanggar undang-undang antarabangsa,” kata HaMoked dipetik agensi berita Anadolu, semalam.

Sekurang-kurangnya 8,600 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel, termasuk tahanan dari Gaza, demikian menurut Pusat Pertahanan Individu (HaMoked).

Mereka yang ditahan, termasuk 3,291 individu ditahan tanpa perbicaraan atau pertuduhan di bawah dasar penahanan pentadbiran rejim Israel.

Demikian perkongsian kumpulan hak asasi manusia itu dalam kenyataan berdasarkan angka dikeluarkan Perkhidmatan Penjara Israel.

Sekitar 661 warga Palestin diklasifikasikan Israel sebagai “pejuang yang menyalahi undang-undang” ditahan sejak tercetusnya serangan di Gaza pada 7 Oktober lalu.

“Perlakuan Israel terhadap banduan keselamatan (tahanan Palestin) melanggar hak kesaksamaan, maruah, kehidupan keluarga, pendidikan dan lain-lain, melanggar undang-undang antarabangsa,” kata HaMoked dipetik agensi berita Anadolu, semalam.

Semalam, tentera Israel berkata mereka menangkap kira-kira 2,550 rakyat Palestin, termasuk 1,300 individu dituduh Tel Aviv sebagai anggota Hamas dari Tebing Barat yang diduduki sejak insiden 7 Oktober lalu.

Tentera penjajah Israel bagaimanapun tidak memaklumkan angka tahanan warga Palestin yang ditahan dari wilayah konflik Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *