Connect with us

Antarabangsa

Netanyahu putuskan untuk korbankan tebusan Israel ditawan di Gaza?

Ahli keluarga kepada tebusan Hamas, Tal Haimi yang terkorban ditembak rejim zionis baru-baru ini, mengkritik pemimpin negara haram itu kerana dilihat tidak mempedulikan nasib tebusan Israel.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) dan Sepupu kepada Tal Haimi (tebusan Hamas), Udi Goren (kanan).
  • Ahli keluarga kepada tebusan Hamas, Tal Haimi yang terkorban ditembak rejim zionis baru-baru ini, mengkritik pemimpin negara haram itu kerana dilihat tidak mempedulikan nasib tebusan Israel.
  • Udi Goren yang merupakan sepupu kepada Tal Haimi berkata operasi ketenteraan rejim Israel tidak berjaya menyelamatkan tebusan secara hidup.
  • Bercakap kepada i24NEWS pada Ahad Goren berkata, perkara itu jelas dibuktikan di mana sebelum ini terdapat 10 tawanan warga Israel dibawa ke Gaza hidup-hidup, namun kesemuanya kini terkorban.
  • “Saya ingin bertanya kepada Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu adakah kerajaannya telah membuat keputusan untuk mengorbankan tebusan yang masih hidup?
  • “Adakah mereka (kerajaan) telah sepenuhnya menyerah dan berlepas diri terhadap tawanan yang mereka abai dan gagal untuk membela pada 7 Oktober lalu?,” kata warga Israel itu.
  • Terdahulu media melaporkan tentera rejim kini menyiasat kes berhubung anggotanya yang tersilap membunuh tiga tebusan warga Israel ketika masih dalam tahanan pejuang Hamas di Gaza.

Ahli keluarga kepada tebusan Hamas, Tal Haimi yang terkorban ditembak rejim zionis baru-baru ini, mengkritik pemimpin negara haram itu kerana dilihat tidak mempedulikan nasib tebusan Israel.

Udi Goren yang merupakan sepupu kepada Tal Haimi berkata operasi ketenteraan rejim Israel tidak berjaya menyelamatkan tebusan secara hidup.

Bercakap kepada i24NEWS pada Ahad Goren berkata, perkara itu jelas dibuktikan di mana sebelum ini terdapat 10 tawanan warga Israel dibawa ke Gaza hidup-hidup, namun kesemuanya kini terkorban.

“Saya ingin bertanya kepada Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu adakah kerajaannya telah membuat keputusan untuk mengorbankan tebusan yang masih hidup?

“Adakah mereka (kerajaan) telah sepenuhnya menyerah dan berlepas diri terhadap tawanan yang mereka abai dan gagal untuk membela pada 7 Oktober lalu?,” kata warga Israel itu.

Dia juga mengkritik tindakan Israel yang memfokuskan usaha mereka untuk menumpaskan pemimpin Hamas, Yahya Sinwar kerana ia bakal mempengaruhi nasib tebusan Israel di Gaza.

“Apa yang dipertaruhkan adalah nyawa tebusan,” kata Goren.

Terdahulu media melaporkan tentera rejim kini menyiasat kes berhubung anggotanya yang tersilap membunuh tiga tebusan warga Israel ketika masih dalam tahanan Hamas di Gaza.

Media antarabangsa melaporkan tebusan Israel itu memegang bendera putih ketika mereka dibunuh tentera rejim zionis Israel di Shejaiya di utara Gaza.

Menurut jurucakapnya, tiga tebusan warga israel itu terbunuh ketika pertempuran tentera rejim zionis dengan pejuang Hamas di Gaza.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *