Antarabangsa
Tangani Islamofobia, kumpulan psikologi mahu tingkatkan kesedaran kesihatan mental Muslim di AS
Profesor psikologi, Amy Weisman de Mamani bersama dua siswazah, Salman Shaheen Ahmad dan Merranda McLaughlin memulakan projek penyelidikan untuk mendalami dan menangani jurang dalam penjagaan kesihatan mental bagi Muslim di Amerika Syarikat (AS).

- Seorang profesor psikologi bersama dua siswazah memulakan projek penyelidikan untuk mendalami penjagaan kesihatan mental bagi Muslim di Amerika Syarikat (AS).
- Tidak suka, takut, dan prejudis terhadap orang Islam adalah antara bentuk Islamofobia yang tersebar luas di AS.
- Jenayah kebencian terhadap umat Islam yang sedia ada di AS mula mencanak naik selepas serangan 11 September dan sekitar pilihan raya 2016.
- Kajian mendapati orang Islam Amerika mempunyai kadar kemurungan yang lebih tinggi berbanding kumpulan minoriti lain.
Profesor psikologi, Amy Weisman de Mamani bersama dua siswazah, Salman Shaheen Ahmad dan Merranda McLaughlin memulakan projek penyelidikan untuk mendalami dan menangani jurang dalam penjagaan kesihatan mental bagi Muslim di Amerika Syarikat (AS).
Salman mempunyai pengalamab ahli keluarganya yang dipukul di sekolah menengah yang terletak di Washington D.C hanya kerana dia mengakui seorang Islam.
Dia juga sudah terbiasa dengan layanan pegawai keselamatan di lapangan terbang yang akan memeriksanya dengan lebih teliti hanya kerana nama dan janggutnya.
Merranda McLaughlin pula mempunyai pengalaman semasa keluar membeli belah bersama kawan rapatnya yang juga seorang Muslimah memakai tudung dan berniqab.
Seorang wanita yang tidak dikenali menunjuk ke arah rakannya itu dan memanggilnya pengganas dalam bahasa Sepanyol.
Tidak suka, takut, dan prejudis terhadap orang Islam adalah antara bentuk Islamofobia yang tersebar luas di Amerika Syarikat.
Jenayah kebencian terhadap umat Islam yang sedia ada di Amerika Syarikat mula mencanak naik selepas serangan 11 September dan sekitar pilihan raya 2016. Tekanan terhadap prejudis ini sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan mental orang Islam di Amerika.
Kajian menunjukkan bahawa orang Islam Amerika mempunyai kadar kemurungan dan kebimbangan yang lebih tinggi berbanding kumpulan minoriti lain dan mungkin juga dua kali lebih berkemungkinan mencuba untuk membunuh diri berbanding agama lain.
Namun, umat Islam sering mengelak dari perkhidmatan penjagaan kesihatan mental dan penyelidikan baru dari kumpulan di Jabatan Psikologi Kolej Seni dan Sains Universiti Miami itu memberi penerangan lebih lanjut mengenai fenomena ini.
“Kami selalu mendengar persoalan (retorik) yang negatif mengenai orang Islam di Amerika serta persepsi perbezaan budaya antara Islam dan Amerika yang berbahaya kepada orang Islam, biarpun perkara tersebut tidak mendatangkan kecederaan fizikal secara langsung,” kata McLaughlin, seorang siswazah psikologi klinikal dari kumpulan terbabit.
“Kami dapati, orang Islam di Amerika berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental kerana kadar Islamofobia yang tinggi dan diskriminasi kebanyakan penduduk AS,” katanya.
Atas sebab itu Ahmad, McLaughlin dan profesor Amy memulakan Projek Muslim Amerika ini.
Melalui kerjasama ini, mereka bertiga mengharapkan penyelidikan yang meluas mengenai psikologi masyarakat Muslim di AS dapat diperluaskan di samping meningkatkan kesedaran dalam kalangan mereka tentang faedah perkhidmatan penjagaan kesihatan mental serta mendapatkan bantuan.
Sumber: News@TheU

You must be logged in to post a comment Login