Connect with us

Terkini

Solidariti Palestin: Tiada program hiburan tahun baharu di Perlis

Perlis tidak akan mengadakan sebarang program hiburan termasuk nyanyian dan tarian ketika sambutan ambang tahun baharu di negeri itu sebagai solidariti berterusan terhadap rakyat Palestin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Solidariti Palestin: Tiada program hiburan tahun baharu di Perlis
Foto: Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli (kiri).
  • Perlis tidak akan mengadakan sebarang program hiburan termasuk nyanyian dan tarian ketika sambutan ambang tahun baharu di negeri itu sebagai solidariti berterusan terhadap rakyat Palestin. 
  • Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata pihaknya mengharapkan sokongan rakyat negara ini, khususnya di Perlis tidak berhenti setakat ini sahaja.
  • “Ketika mana kita masih menganjurkan pelbagai program hiburan yang terus melalaikan, saudara kita masih ditembak mati dan syahid di sana,” katanya dipetik Harian Metro semasa menyampaikan usul rakyat Perlis-Untukmu Palestin dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kompleks DUN Perlis di Kangar, hari ini.

KUALA LUMPUR — Perlis tidak akan mengadakan sebarang program hiburan termasuk nyanyian dan tarian ketika sambutan ambang tahun baharu di negeri itu sebagai solidariti berterusan terhadap rakyat Palestin. 

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata pihaknya mengharapkan sokongan rakyat negara ini, khususnya di Perlis tidak berhenti setakat ini sahaja.

“Ketika mana kita masih menganjurkan pelbagai program hiburan yang terus melalaikan, saudara kita masih ditembak mati dan syahid di sana.

“Setelah melihat semua keadaan yang menyedihkan ini berlaku dan Malaysia pula turut mula memandang sepi terhadap isu Palestin ini.

“Jadi, saya mencadangkan tiada sebarang program hiburan berbentuk nyanyian dan tarian melalaikan sewaktu ambang tahun baharu ini di negeri Perlis,” katanya dipetik Harian Metro semasa menyampaikan usul rakyat Perlis-Untukmu Palestin dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kompleks DUN Perlis di Kangar, hari ini.

DUN Perlis sebulat suara meluluskan usul dibawakan Menteri Besar itu. 

Mohd Shukri berkata kekejaman rejim zionis di Gaza berlanjutan hingga ke hari ini menyebabkan pembunuhan besar-besaran tanpa belas dan ihsan, terutama terhadap kelompok tidak berupaya, wanita, warga emas dan kanak-kanak menjadi mangsa.

“Yang Berhormat Tuan Speaker, Dewan yang mulia pada hari ini juga dimohon untuk turut menolak idea penyelesaian dua negara (two state solution) yang tidak mampu menyelesaikan masalah yang berlanjutan ini. 

“Malah kita langsung tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah,” katanya.

Beliau berkata kekejaman zionis Israel terhadap rakyat Palestin layak dilabel sebagai rejim yang melakukan penjenayahan dunia dan sepatutnya dikeluarkan dari bumi Palestin. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *