Terkini
Ambil tindakan tegas individu hasut normalisasi, sokong rejim zionis Israel – GSPP
Tindakan individu menggesa supaya Kedutaan Israel dibuka di Malaysia dilihat cubaan menormalisasikan hubungan Malaysia dengan rejim zionis haram, kata Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Muhammad Fauzi Asmuni.
- Tindakan individu menggesa supaya Kedutaan Israel dibuka di Malaysia dilihat cubaan menormalisasikan hubungan Malaysia dengan rejim zionis haram, kata Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Muhammad Fauzi Asmuni.
- “Dia sengaja menimbulkan ataupun mencuba-cuba create (mencipta) satu isu untuk menormalisasikan hubungan Malaysia dengan Israel,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times, di sini hari ini.
- Beliau mengulas kenyataan individu dipercayai warga Malaysia bernama Victor Yong Jen Ong menggesa Kedutaan Israel dibuka di Malaysia menerusi rakaman videonya bersama seorang pempengaruh warga Israel.
- Fauzi Asmuni berkata tindakan undang-undang harus dikenakan ke atas mana-mana warga Malaysia yang membawa gerakan menghasut rakyat Malaysia menyokong rejim penjajah Israel.
KUALA LUMPUR – Tindakan individu menggesa supaya Kedutaan Israel dibuka di Malaysia dilihat cubaan menormalisasikan hubungan Malaysia dengan rejim zionis haram, kata Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Muhammad Fauzi Asmuni.
Beliau berkata ia juga menunjukkan individu itu tidak memahami polisi dan dasar Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
“Jadi sebenarnya dia sepatutnya merujuk kepada dasar dan polisi sedia ada.
“Penubuhan kedutaan Israel itu sebenarnya amat-amat berlanggar dengan dasar kerajaan sekarang ini yang tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel.
“Dia sengaja menimbulkan ataupun mencuba-cuba create (mencipta) satu isu untuk menormalisasikan hubungan Malaysia dengan Israel,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times, di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan individu dipercayai warga Malaysia bernama Victor Yong Jen Ong menggesa Kedutaan Israel dibuka di Malaysia menerusi rakaman videonya bersama seorang pempengaruh warga Israel.
Victor sebelum ini dilaporkan berkata Kedutaan Israel mesti dibuka di Malaysia, mengikut jejak langkah Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain.
Mengulas lanjut, Fauzi Asmuni berkata tindakan undang-undang harus dikenakan ke atas mana-mana warga Malaysia yang membawa gerakan menghasut rakyat Malaysia menyokong rejim penjajah Israel.
Beliau berkata rakyat Malaysia sepatutnya menyokong dasar kerajaan yang sentiasa berpihak kepada pembebasan Palestin daripada dijajah negara haram itu.
“Dia (individu menyokong Israel) sepatutnya diperbetulkan dan juga dikenakan satu tindakan undang-undang sekiranya dia membawa satu gerakan menghasut rakyat Malaysia untuk menyokong Israel,” katanya.
Fauzi Asmuni berkata tindakan Victor dilihat sebagai cubaan menggugat keharmonian negara dengan menjadikan Malaysia sebagai negara yang mengiktiraf keganasan dilakukan rejim Israel terhadap Palestin.
Ekoran kenyataan itu, setakat ini, satu laporan polis dibuat di ibu negara bagi menuntut siasatan di jalankan ke atas individu terbabit. — The Merdeka Times