Connect with us

Antarabangsa

Diboikot pelampau Hindu, Filem ‘Laal Singh Chadda’ Aamir Khan gagal di pawagam

Filem terbaru pelakon Bollywood terkenal, Aamir Khan ‘Laal Singh Chaddha’ gagal mendapat sambutan di pawagam susulan kempen boikot anti-Muslim kumpulan berhaluan kanan di media sosial dan media arus perdana. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Diboikot pelampau Hindu, Filem ‘Laal Singh Chadda’ Aamir Khan gagal di pawagam
Foto: Poster Aamir Khan dalam filem terbarunya ‘Laal Singh Chaddha’.
  • Filem terbaru Aamir Khan ‘Laal Singh Chaddha’ gagal mendapat sambutan ‘box office’ susulan boikot anti-muslim didalangi kumpulan berhaluan kanan Hindu di India.
  • Awal Ogos lalu, Aamir membuat ikrar secara terbuka mengenai cintanya terhadap negara India sebagai reaksi balas terhadap kempen maya memboikot beliau dan filem terbarunya. 
  • Tindakan Aamir itu susulan tanda pagar #BoycottLaalSinghChaddha tular di Twitter.  
  • Boikot maya itu dipercayai dilakukan individu yang ada kaitan dengan Parti Bharatiya Janata (BJP) berhaluan kanan pimpinan Perdana Menteri India, Narendra Modi dan ideologi majoritarian Hindu, menyebarkan siaran video dan mesej boikot anti Islam. 
  • Pihak terbabit memakai pakaian tradisi Hindu sambil berarak ke kompleks tayangan filem Aamir Khan, menjerit slogan berbaur kebencian menuntut tayangan dihentikan.

INDIA – Filem terbaru pelakon Bollywood terkenal, Aamir Khan ‘Laal Singh Chaddha’ gagal mendapat sambutan di pawagam susulan kempen boikot anti-Muslim kumpulan berhaluan kanan di media sosial dan media arus perdana. 

Awal Ogos lalu, Aamir membuat ikrar secara terbuka mengenai cintanya terhadap negara India sebagai reaksi balas terhadap kempen maya memboikot beliau dan filem terbarunya. 

“Saya ingin memberi jaminan kepada semua bahawa saya sangat sayangkan negara saya, jadi tolong jangan boikot filem saya,” katanya kepada sekumpulan wartawan sebelum tayangan filemnya. 

Kenyataan itu dibuat Aamir susulan tanda pagar #BoycottLaalSinghChaddha tular di Twitter. 

Boikot maya itu dipercayai dilakukan individu yang ada kaitan dengan Parti Bharatiya Janata (BJP) berhaluan kanan pimpinan Perdana Menteri India, Narendra Modi dan ideologi majoritarian Hindu, menyebarkan siaran video dan mesej boikot anti Islam. 

Malah ada pihak mendakwa Aamir yang beragama Islam itu adalah anti-Hindu susulan watak makhluk asing dilakonkannya menerusi filem PK pada 2014, mendakwa watak itu mengeksploitasi agama. 

Presiden Kebangsaan Shiv Sena Hind, Ishant Sharma dilaporkan berkata beliau setia melindungi agama Hindu dan tidak bergabung dengan mana-mana parti politik. 

“Bantahan kami bukan terhadap Laal Singh Chaddha. Tetapi bantahan kami adalah  terhadap Aamir Khan kerana dia menghina (agama) Dharam kami di PK,” kata Sharma kepada AlJazeera, menjelaskan beliau gembira filem terbaru Khan tidak mendapat sambutan.

Pada 11 Ogos lalu, Sharma dan beberapa lelaki lain memakai pakaian tradisi mereka sambil berarak ke kompleks tayangan filem itu dan menjerit slogan berbaur kebencian yang menuntut filem itu dihentikan tayangannya. 

Jurucakap Kebangsaan BJP, RP Singh berkata bantahan dan boikot itu tidak disokong  BJP. 

Penggambaran filem itu siap pada 2018 dengan anggaran bajet antara USD22-USD25 juta dan dijangka membawa impak positif terhadap industri perfileman Bollywood yang turut terjejas dari segi kewangan sejak penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, kutipan box office yang terjejas akibat boikot menjadikan filem itu kegagalan terbesar Aamir Khan. 

Sumber: Al Jazeera & Minute Mirror

 

Author