Antarabangsa
Tahanan wanita Gaza di Israel dalam keadaan sangat teruk – Ahed Tamimi
Sekurang-kurangnya 10 wanita Gaza di penjara Israel dilapor dalam keadaan yang sangat teruk tanpa air atau pakaian serta didera setiap hari.
- Sekurang-kurangnya 10 wanita Gaza di penjara Israel dilapor dalam keadaan yang sangat teruk tanpa air atau pakaian serta didera setiap hari.
- Tamimi, 23, merupakan kumpulan keenam yang dibebaskan dalam perjanjian pertukaran tebusan antara Hamas dan Israel.
- “Kami meninggalkan kira-kira 30 wanita yang dipenjara termasuk 10 dari Gaza, yang ditangkap dalam operasi darat Israel baru-baru ini (bermula 27 Oktober lalu) dan keadaan mereka sangat teruk.
- “Keadaan di penjara sangat sukar, dengan setiap hari banduan wanita didera. Mereka dibiarkan tanpa air atau pakaian, tidur di atas lantai dan dipukul,” ujarnya.
Gaza – Sekurang-kurangnya 10 wanita Gaza di penjara Israel dilapor dalam keadaan yang sangat teruk tanpa air atau pakaian serta didera setiap hari.
Ikon perjuangan Palestin, Ahed Tamimi mendedahkan keadaan sadis itu semalam selepas pembebasannya dari tahanan zionis.
Tamimi, 23, merupakan kumpulan keenam yang dibebaskan dalam perjanjian pertukaran tebusan antara Hamas dan Israel.
“Kami meninggalkan kira-kira 30 wanita yang dipenjara termasuk 10 dari Gaza, yang ditangkap dalam operasi darat Israel baru-baru ini (bermula 27 Oktober lalu) dan keadaan mereka sangat teruk.
“Keadaan di penjara sangat sukar, dengan setiap hari banduan wanita didera. Mereka dibiarkan tanpa air atau pakaian, tidur di atas lantai dan dipukul,” ujarnya.
Jelas Tamimi, dia juga diancam pihak berkuasa Israel sekiranya menceritakan hal sebenar dalam penjara kepada dunia luar.
“Pihak berkuasa Israel mengancam saya dengan (menyasarkan) bapa saya jika saya bercakap tentang apa-apa yang berlaku dalam penjara.
“Tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun, kami (Palestin) lebih kuat daripada penjajah. Kami akan terus (menentang) sehingga bebas,” tambahnya.
Oktober lalu, tentera Israel menahan bapa Tamimi dari rumahnya di bandar Nabi Saleh dekat Tebing Barat, manakala Tamimi ditahan pada 6 November selepas menggeledah rumah dan merampas telefon bimbit keluarga itu.
Sebelum ini pada 2017, Tamimi telah ditahan selepas video tular memaparkan keberanian dia (ketika itu baru berusia 16 tahun) menolak dan memukul tentera Israel yang cuba menceroboh masuk rumahnya
Tamimi kemudian dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan atas kesalahan “menyerang” tentera Israel.
Sejak peristiwa itu, dia menjadi simbol perjuangan terhadap pendudukan haram Israel di Palestin. – Reuters
Sumber: Berita RTM