Connect with us

Terkini

95 peratus warga Jordan boikot produk AS, negara asing – Tinjauan

95 peratus warga Jordan melibatkan diri dalam tindakan memboikot produk Amerika Syarikat (AS) dan negara asing lain serta beralih kepada alternatif buatan tempatan, demikian tinjauan Pusat Kajian Strategik Jordan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

95 peratus warga Jordan boikot produk AS, negara asing – Tinjauan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 95 peratus warga Jordan melibatkan diri dalam tindakan memboikot produk Amerika Syarikat (AS) dan negara asing lain serta beralih kepada alternatif buatan tempatan, demikian tinjauan Pusat Kajian Strategik Jordan.
  • Tinjauan komprehensif itu diadakan dari 13 sehingga 23 November 2023 meneroka sentimen warga Jordan terhadap serangan kekejaman rejim zionis penjajah Israel ke atas Gaza melibatkan 1,200 responden.
  • Sepertimana di atas, peratusan terbesar dalam tinjauan itu jatuh pada aspek maklum balas peserta tinjauan berkaitan kategori tingkah laku ekonomi, boikot dan sokongan.
  • 93 peratus menyokong pemboikotan produk negara-negara yang menyokong Israel, dengan 72 peratus responden meyakini tindakan itu tidak akan memudaratkan ekonomi Jordan.

95 peratus warga Jordan melibatkan diri dalam tindakan memboikot produk Amerika Syarikat (AS) dan negara asing lain serta beralih kepada alternatif buatan tempatan, demikian tinjauan Pusat Kajian Strategik Jordan.

Tinjauan komprehensif itu diadakan dari 13 sehingga 23 November 2023 meneroka sentimen warga Jordan terhadap serangan kekejaman rejim zionis penjajah Israel ke atas Gaza melibatkan 1,200 responden.

Sepertimana di atas, peratusan terbesar dalam tinjauan itu jatuh pada aspek maklum balas peserta tinjauan berkaitan kategori tingkah laku ekonomi, boikot dan sokongan.

93 peratus menyokong pemboikotan produk negara-negara yang menyokong Israel, dengan 72 peratus responden meyakini tindakan itu tidak akan memudaratkan ekonomi Jordan.

Berhubung kesedaran penduduk Jordan terhadap liputan media berkenaan pergolakan di Gaza, 79 peratus mengikut rapat susulan peristiwa di wilayah konflik itu dengan 50.1 peratus melakukannya menerusi media sosial dan 47.7 peratus melalui televisyen.

Saluran Al Jazeera terbukti menjadi pilihan ramai dengan mendominasi pada 69.9 peratus, diikuti Roya 13 peratus, saluran Kerajaan Jordan 5 peratus, TV Jordan 4 peratus dan saluran Al Arabiya, 1.8 peratus.

Sumber: Jordan News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *