Antarabangsa
(VIDEO) Tutup mulut kamu atau kami tolong tutupkan untuk kamu! – bekas perisik Israel
Israel sepatutnya mendiamkan keluarga tebusan yang ditahan Hamas di Gaza, malah memenjarakan mereka jika perlu, kata bekas perisik Israel, Jonathan Pollard.

Israel sepatutnya mendiamkan keluarga tebusan yang ditahan Hamas di Gaza, malah memenjarakan mereka jika perlu, kata bekas perisik Israel, Jonathan Pollard.
Perkara itu menurutnya perlu dilakukan bagi mengelak tekanan awam yang menyebabkan perjanjian terpaksa dipersetujui dengan kumpulan Hamas.
TV Israel saluran 14 memainkan klip video menunjukkan Pollard menyatakan perkara itu dalam panggilan video bersama Rabbi Bar-Hayim dari Institut Shilo.
“Bila kita putuskan untuk berperang, perkara pertama patut dilakukan kerajaan adalah mengisytiharkan darurat dan memberitahu kesemua keluarga tebusan, ‘Kamu akan menutup mulut kamu, atau kami akan menutupnya untuk kamu’.
“‘Kamu (keluarga tebusan) tidak akan masuk campur hal pengurusan perang ini. Kamu tidak akan digunakan komuniti antarabangsa atau golongan haluan kiri kita yang menguruskan perjanjian Shalit, sebagai senjata ke atas kami,’” katanya dipetik The Times of Israel.
Pollard turut merujuk kepada insiden perjanjian 2011 yang dibantah ramai kumpulan berhaluan kanan pada ketika itu selepas Israel membebaskan lebih 1,000 tahanan Palestin sebagai pertukaran dengan seorang tentera rejim zionis Israel.
“Dan seandainya langkah itu melibatkan pemenjaraan, untuk menutup mulut keluarga-keluarga tebusan, maka lakukannya. (Kerana) kita berada dalam situasi perang,” kata Pollard.
Pollard sebelum ini dihukum penjara selama beberapa dekad di Amerika Syarikat (AS) atas kesalahan perisikan, sebelum dibebaskan sewaktu pentadbiran Barack Obama dan kemudian dibenarkan berpindah ke Israel sewaktu pentadbiran Donald Trump.
Dia turut membidas Perdana Menteri Israel yang meluluskan perjanjian baru-baru ini sambil menegaskan beliau tidak akan mengundi lagi parti zionis berhaluan kiri yang mengundi dilaksanakan perjanjian itu.
Menurutnya, Israel sepatutnya meneruskan peperangan itu tanpa sebarang perjanjian, biarpun ia bakal melibatkan kematian ramai tebusan warga Israel.
Sumber: The Times Of Israel
View this post on Instagram
