Connect with us

Terkini

Dua modus operandi utama perisikan – Penganalisis Jenayah

Terdapat dua modus operandi utama yang kebiasaannya dijalankan oleh mana-mana badan perisikan terhadap sesebuah negara, kata Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim.
  • Terdapat dua modus operandi utama yang kebiasaannya dijalankan oleh mana-mana badan perisikan terhadap sesebuah negara, kata Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim.
  • Beliau berkata kaedah itu adalah menggunakan orang tengah dan intipan secara digital atau lebih dikenali sebagai ‘electronic snooping’.
  • “Contoh diperalatkan kita boleh ambil seperti kes  pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam yang pernah berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) yang mana pelaku tidak tahu  mereka diperalatkan.
  • “Ada yang terlibat secara langsung seperti kes satu ketika dahulu, di mana seorang Setiausaha Politik kepada seorang Perdana Menteri, dulu terlibat  dalam memberikan maklumat kepada sebuah negara luar,” katanya kepada The Merdeka Times ketika dihubungi pada Khamis.
  • Kamal Affandi berkata antara kaedah intipan lain adalah dengan membuat analisis menerusi akhbar dan media sosial.
  • Sebelum ini, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengumpul maklumat sekiranya terdapat aktiviti membabitkan ejen perisikan Mossad di negara ini ekoran timbul ugutan terhadap Perdana Menteri yang menyatakan sokongan kepada Gaza dan Palestin.

KUALA LUMPUR – Terdapat dua modus operandi utama yang kebiasaannya dijalankan oleh mana-mana badan perisikan terhadap sesebuah negara, kata Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim.

Beliau berkata kaedah itu adalah menggunakan orang tengah dan intipan secara digital atau lebih dikenali sebagai ‘electronic snooping’.

Katanya, kaedah orang tengah pula dibahagikan kepada dua jenis golongan terlibat iaitu terbabit secara langsung dan kedua kelompok yang diperalatkan.

“Contoh diperalatkan kita boleh ambil seperti kes  pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam yang pernah berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) yang mana pelaku tidak tahu  mereka diperalatkan.

“Ada yang terlibat secara langsung seperti kes satu ketika dahulu, di mana seorang Setiausaha Politik kepada seorang Perdana Menteri, dulu terlibat  dalam memberikan maklumat kepada sebuah negara luar,” katanya kepada The Merdeka Times ketika dihubungi pada Khamis.

Kamal Affandi berkata antara sebab kaedah itu digunakan adalah kerana perisikan kebiasaan memiliki keterbatasan dari segi mengakses kemudahan tempatan di sesebuah kawasan seperti kenderaan, transaksi wang dan kad sim telefon.

Mengenai taktikal ‘electronic snooping’,  beliau mengulas ia merangkumi teknik intipan menggunakan teknologi internet.

“Kita tahu hari ini, dengan teknologi internet awak boleh melihat satu-satu lokasi dengan menggunakan Google Map, lakukan IP reverse untuk mengesan alamat IP satu emel yang dihantar,” katanya.

Kamal Affandi berkata tanpa perlu memasuki ke sesebuah tempat atau negara, pihak perisikan boleh mengetahui pelbagai informasi mengenainya.

Justeru, beliau mencadangkan supaya beberapa fasiliti penting kerajaan seperti kem tentera diwartakan untuk dikeluarkan daripada pemetaan digital.

Katanya, sekiranya fasiliti itu terus terdedah, perkara tersebut memudahkan perisikan untuk menjalankan intipan.

Mengulas lanjut, Kamal Affandi berkata antara kaedah intipan lain adalah dengan membuat analisis menerusi akhbar dan media sosial.

“Contohnya, awak lakukan protes. Perisikan mungkin akan melihatnya sebagai satu kelebihan. Maka daripada itu, mereka boleh lakukan hubungan dengan pihak yang jalankan protes, kemudian membiayainya dan perlahan-lahan menyebabkan satu pihak percaya, daripada itulah maklumat mula dipecahkan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga dinasihatkan untuk tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai urusniaga melibatkan peralatan pertahanan negara.

Katanya, perkara itu hanya akan memudahkan pihak luar mengetahui sejauh mana tahap kekuatan ketenteraan di negara ini. 

Sebelum ini, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengumpul maklumat sekiranya terdapat aktiviti membabitkan ejen perisikan Mossad di negara ini ekoran timbul ugutan terhadap Perdana Menteri yang menyatakan sokongan kepada Gaza dan Palestin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain, berkata polis melalui pasukan risikan akan mengumpul maklumat sebanyak mungkin berkaitan perkara itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *