Connect with us

Antarabangsa

Kem pelarian Jabalia di utara Gaza musnah sepenuhnya

Kem pelarian Jabalia di utara wilayah Gaza musnah sepenuhnya ekoran serangan kejam zionis dari udara dan darat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Kem pelarian Jabalia di utara wilayah Gaza musnah sepenuhnya ekoran serangan kejam zionis dari udara dan darat.
  • Penduduk Palestin berkata, rumah bukan satu-satunya sasaran serangan, tetapi kezaliman zionis ialah cuba membunuh kesemua rakyat Palestin.
  • Kejadian tragis juga berlaku apabila orang dewasa dan juga kanak-kanak yang cedera parah dalam pengeboman turut dikejarkan ke Hospital Kamal Edwan di utara Gaza yang sangat sesak.

JABALIA: Kem pelarian Jabalia di utara wilayah Gaza musnah sepenuhnya ekoran serangan kejam zionis dari udara dan darat.

Penduduk Palestin berkata, rumah bukan satu-satunya sasaran serangan, tetapi kezaliman zionis ialah cuba membunuh kesemua rakyat Palestin.

Kejadian tragis juga berlaku apabila orang dewasa dan juga kanak-kanak yang cedera parah dalam pengeboman turut dikejarkan ke Hospital Kamal Edwan di utara Gaza yang sangat sesak.

Berdasarkan laporan, sekurang-kurangnya 13,300 rakyat Palestin disahkan terbunuh, termasuk 5,600 daripadanya adalah kanak-kanak.

Zionis juga telah menjadikan sebahagian besar Gaza, terutama bahagian utaranya, menjadi padang jarak, padang tekukur.

Kini kira-kira dua pertiga daripada 2.3 juta penduduk Gaza telah kehilangan tempat tinggal.

Beribu-ribu penduduk masih berusaha menuju ke selatan, iaitu Rafah dengan berjalan kaki dan menggendong anak mereka di dalam pelukan, untuk melarikan diri daripada serangan Israel.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *