Connect with us

Terkini

Larangan merokok dan vape di semua premis sukan

Semua premis sukan kendalian Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diisytiharkan kawasan larangan merokok dan menghisap vape.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
  • Semua premis sukan kendalian Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diisytihar kawasan larangan merokok dan menghisap vape.
  • Menterinya Hannah Yeoh berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pasca Jemaah Menteri pada 3 Nov, selepas ambil kira Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, dan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008.
  • “Penggunaan vape dilarang sama sekali,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2024 peringkat jawatankuasa.
  • Hannah berkata, vape atau rokok elektronik diklasifikasikan sebagai barang merbahaya termasuk rokok, pemetik api, dan bank kuasa, yang dilarang dibawa masuk ke dalam venue acara atau stadium.

KUALA LUMPUR: Semua premis sukan kendalian Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diisytiharkan kawasan larangan merokok dan menghisap vape.

Menterinya Hannah Yeoh berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pasca Jemaah Menteri pada 3 Nov, selepas mengambil kira Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, dan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008.

“Penggunaan vape dilarang sama sekali,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2024 peringkat jawatankuasa.

Sebelum ini, kerajaan mewartakan premis kerajaan sebagai tempat larangan merokok sejak 2004, dan larangan sama turut diwartakan di tempat makan seluruh negara pada 2019.

Hannah berkata, vape atau rokok elektronik diklasifikasikan sebagai barang merbahaya termasuk rokok, pemetik api, dan bank kuasa, yang dilarang dibawa masuk ke dalam venue acara atau stadium.

Justeru, beliau berkata penguat kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) akan giat memantau dan mengambil tindakan kepada individu yang didapati menghisap vape dalam premis acara.

“Membendung isu vape di stadium dalam kalangan belia, KBS telah mengemukakan pandangan kepada KKM agar perhatian diberikan kepada pelaksanaan penguatkuasaan secara menyeluruh dan bukan berbentuk selektif,” katanya.

Sumber: Buletin tv3

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *