Antarabangsa
(VIDEO) Gaza berdepan ancaman kebuluran
Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata hanya 10 peratus bantuan bekalan makanan memasuki semenanjung itu.
- Hanya 10 peratus dari bekalan makanan yang diperlukan penduduk Gaza memasuki Semenanjung itu.-WFP PBB
- Perkara ini membawa maksud bahawa kawasan Palestin yang terkepung dan dibom menghadapi “kemungkinan berdepan kebuluran serta-merta”.
- Keruntuhan sistem bekalan makanan di Gaza kini dengan sekatan pengganas Israel terhadap kemasukan makanan, air dan bahan api di semenanjung itu, menjadikan situasi ini sebagai titik cetusan satu lagi bencana dalam krisis yang dah tersedia buruk.
Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata hanya 10 peratus bantuan bekalan makanan memasuki semenanjung itu.
Perkara ini membawa maksud bahawa kawasan Palestin yang terkepung dan dibom menghadapi “kemungkinan berdepan kebuluran serta-merta”.
Kedai roti terakhir yang beroperasi di Gaza dengan kerjasama PBB terpaksa ditutup minggu ini disebabkan kekurangan bahan api.
Menurut Samer Abdeljaber, wakil WFP di Palestin, keruntuhan sistem bekalan makanan di Gaza kini dengan sekatan pengganas Israel terhadap kemasukan makanan, air dan bahan api di semenanjung itu, menjadikan situasi ini sebagai titik cetusan satu lagi bencana dalam krisis yang dah tersedia buruk.
“Roti merupakan makanan ruji penduduk Gaza, sangat terhad atau sudah tidak wujud (sama sekali)”
“Orang ramai sedang kelaparan,” ujar Samer.
Manakala bagi Pengarah Eksekutif WFP, Cindy McCain, penduduk Gaza bakal kemungkinan kebuluran serta-merta saat musim sejuk yang makin menghampiri ditambah tempat perlindungan yang tidak selamat dan sesak, serta kekurangan air bersih.-The Merdeka Times
Sumber: Al Jazeera
View this post on Instagram