Connect with us

Terkini

Presiden UMNO buat kenyataan hina dan fitnah institusi kehakiman, AMANAH buat laporan polis

Parti Amanah Negara (Amanah) membuat laporan polis pada Isnin berhubung kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap semasa Taklimat Khas UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, Sabtu lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Presiden UMNO buat kenyataan hina dan fitnah institusi kehakiman, AMANAH buat laporan polis
Foto: Mohd Sany (dua dari kanan) menunjukkan laporan polis pada sidang akhbar di hadapan IPD Dang Wangi, sumber Sinar Harian.
  • Laporan polis dibuat oleh AMANAH pada Isnin terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • Ini kerana dilaporkan Ahmad Zahid telah menghina dan memfitnah institusi kehakiman negara, Jabatan Peguam Negara, SPRM dan Yang diPertuan Agong ketika beliau berucap semasa Taklimat Khas UMNO.
  • Ia melibatkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • Klip video dan teks ucapan Ahmad Zahid di majlis itu tular di media sosial.
  • Kes akan dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman, kertas siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) membuat laporan polis pada Isnin berhubung kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap semasa Taklimat Khas UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, Sabtu lalu.

Pengarah Biro Mobilisasi Amanah, Mohd Sany Hamzan berkata, dalam ucapan itu, Ahmad Zahid didakwa menghina dan memfitnah institusi kehakiman negara, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Yang di-Pertuan Agong berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Klip video dan teks ucapan Ahmad Zahid di majlis itu tular di media sosial,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu pada jam 11 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Isnin.

Mohd Sany berkata, pihaknya membuat laporan polis supaya siasatan dilakukan terhadap Ahmad Zahid serta beberapa individu lain yang turut berucap dalam majlis sama selain menyiasat pihak yang memuat naik ucapan berkenaan dan pihak menganjurkan majlis berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi memaklumkan pihaknya menerima laporan polis bagi kedua-dua isu berkenaan.

“Kes akan dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman, kertas siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kes Ebit Lew: Pengadu terima mesej, panggilan bogel semasa di tempat kerja

Pengadu yang juga saksi pendakwaan kesembilan dalam kes gangguan seksual Ebit Lew semalam memberitahu Mahkamah Majistret Tenom di sini bahawa mesej dan panggilan berbogel diterimanya turut diterima semasa di tempat kerja.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Foto: Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Liew atau Ebit Lew.
  • Pengadu yang juga saksi pendakwaan kesembilan dalam kes gangguan seksual Ebit Lew semalam memberitahu Mahkamah Majistret Tenom bahawa mesej dan panggilan berbogel diterimanya turut diterima semasa di tempat kerja.
  • Wanita tersebut berkata demikian ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria apakah ada panggilan dan mesej diterimanya semasa sedang bekerja.
  • Pengadu menjelaskan apa yang dilaluinya sekaligus memaklumkan seorang rakan di tempat kerja ada bersamanya sewaktu menjawab salah satu panggilan yang diterimanya itu.
  • “Selepas itu, pernah sekali semasa saya di tempat kerja dan Ebit transit di Dubai, dia buat panggilan video call dalam keadaan bogel dan masa itu kami nampak, terus kami off,” kata pengadu.
  • Sebelum itu, Zahida turut bertanya pengadu apakah tujuan memberitahu masalahnya kepada Ebit Lew dan pengadu berkata ia adalah atas dasar percaya bahawa hidupnya akan lebih baik dengan nasihat-nasihat pendakwah terkenal itu.
  • Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 38, didakwa atas 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di  daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021.

TENOM – Pengadu yang juga saksi pendakwaan kesembilan dalam kes gangguan seksual Ebit Lew semalam memberitahu Mahkamah Majistret Tenom di sini bahawa mesej dan panggilan berbogel diterimanya turut diterima semasa di tempat kerja.

Wanita tersebut berkata demikian ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria apakah ada panggilan dan mesej diterimanya semasa sedang bekerja.

Pengadu menjelaskan apa yang dilaluinya dan turut memaklumkan seorang rakan di tempat kerja ada bersamanya sewaktu menjawab salah satu panggilan diterimanya itu.

“Sebab masa Ebit call saya loudspeaker untuk kami betul-betul pastikan itu adalah Ebit Lew.

“Selepas itu, pernah sekali semasa saya di tempat kerja dan Ebit transit di Dubai, dia buat panggilan video call dalam keadaan bogel dan masa itu kami nampak, terus kami off,” katanya dalam prosiding itu.

Sebelum itu, Zahida turut bertanya pengadu apakah tujuan masalah dialaminya dikongsikan kepada Ebit Lew dan pengadu berkata beliau percaya bahawa hidupnya akan lebih baik dengan nasihat-nasihat berdasarkan latar belakang pendakwah terkenal itu.

“Sebab, yang saya kenal beliau, dia ada program Keluarga Sunnah, jadi atas dasar percaya, saya yakin kalau saya beritahu beliau, kehidupan saya akan lebih baik dengan nasihat-nasihatnya.

“Sebab macam saya cakap tadi, saya tengok pasangan-pasangan yang ikut program yang beliau jalankan, nampak kesan yang baik dengan menjalankan sunnah dalam keluarga,” katanya.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 38, didakwa atas 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di  daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021.

Atas kesalahan itu, Ebit didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria dan Analia Kamaruddin, manakala tertuduh diwakili Peguam Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Mohd Syarulnizam Salleh Keruak.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bersambung hari ini dengan perbicaraan minggu ini dijadualkan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending