Connect with us

Terkini

Hamas bukan pengganas, Malaysia tidak iktiraf RUU Amerika Syarikat

Malaysia tidak mengiktiraf keputusan mana-mana negara, termasuk Amerika Syarikat (AS), mengenakan sekatan secara unilateral ke atas mana-mana pihak dalam isu Palestin, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Hamas bukan pengganas, Malaysia tidak iktiraf RUU Amerika Syarikat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Malaysia tidak mengiktiraf keputusan mana-mana negara, termasuk Amerika Syarikat (AS), mengenakan sekatan secara unilateral ke atas mana-mana pihak dalam isu Palestin, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Anwar berkata Malaysia hanya mengiktiraf keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dibuat secara multilateral.
  • “Pertamanya, Malaysia tidak bersetuju dengan cara yang digunakan oleh AS, yang keduanya ia tidak mempengaruhi dasar dan keputusan kerajaan,” katanya pada sesi pertanyaan di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
  • Beliau menjawab soalan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah pendirian kerajaan berhubung tindakan terkini Dewan Perwakilan Amerika Syarikat yang meluluskan Rang Undang-Undang Pencegahan Pembiayaan Antarabangsa Hamas untuk mengenakan sekatan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas serta pergerakan Jihad Islam Palestin.

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak mengiktiraf keputusan mana-mana negara, termasuk Amerika Syarikat (AS), mengenakan sekatan secara unilateral ke atas mana-mana pihak dalam isu Palestin, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata Malaysia hanya mengiktiraf keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dibuat secara multilateral.

“Pertamanya, Malaysia tidak bersetuju dengan cara yang digunakan oleh AS, yang keduanya ia tidak mempengaruhi dasar dan keputusan kerajaan,” katanya pada sesi pertanyaan di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Anwar berkata beberapa sahabat dari negara Islam turut memberi pendirian sama berkenaan isu itu ketika dihubungi beliau. 

“Semalam saya menghubungi beberapa sahabat dan negara Islam yang memberikan pendirian sama.

“Hubungan dengan Hamas kita teruskan dulu dan sekarang serta tidak menghukum mereka sebagai pengganas,” katanya.

Beliau menjawab soalan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah pendirian kerajaan berhubung tindakan terkini Dewan Perwakilan Amerika Syarikat yang meluluskan Rang Undang-Undang Pencegahan Pembiayaan Antarabangsa Hamas untuk mengenakan sekatan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas serta pergerakan Jihad Islam Palestin.

Terdahulu, kerajaan sedang memantau rapat keputusan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan rang undang-undang berhubung sekatan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas dan pergerakan Jihad Islam Palestin. 

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilaporkan berkata, pihaknya akan melihat secara terperinci terlebih dahulu kandungan rang undang-undang berkenaan sebelum melaksanakan apa-apa tindakan susulan. — The Merdeka Times

Sumber: Parlimen Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *