Antarabangsa
Biden cadang berhenti sekejap, bukan gencatan senjata
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menggesa ‘jeda kemanusiaan’ iaitu pemberhentian sementara perang antara kumpulan Hamas dan Israel, kata pegawai kanan Rumah Putih pada Khamis lalu, lapor AFP.
- Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menggesa ‘jeda kemanusiaan’ iaitu pemberhentian sementara perang antara kumpulan Hamas dan Israel, kata pegawai kanan Rumah Putih pada Khamis lalu, lapor AFP.
- “Pemberhentian ini bersifat sementara, setempat dan tertumpu. Ia tertumpu pada objektif atau objektif-objektif tertentu supaya bantuan kemanusiaan dapat masuk (ke Gaza) dan membenarkan warga asing untuk keluar (dari Gaza),” katanya.
- Rumah Putih sebelum ini menggesa ‘jeda kemanusiaan’ untuk membolehkan bantuan dihantar ke Gaza atau untuk melakukan pemindahan individu ke luar Gaza.
Washington: menggesa ‘jeda kemanusiaan’ iaitu pemberhentian sementara perang antara kumpulan Hamas dan Israel, kata pegawai kanaPresiden Amerika Syarikat (AS) Joe Bidenn Rumah Putih pada Khamis lalu, lapor AFP.
Pada acara kempen pada hari Rabu, Biden selepas digesa oleh seorang penonton untuk menggesa gencatan senjata dalam perang itu, menjawab: “Saya rasa kita perlu berhenti sementara.”
Bercakap kepada pemberita, Jurucakap Majlis Keselamatan Negara, John Kirby menjelaskan apa yang dimaksudkan Biden dengan berhenti sementara itu.
“Pemberhentian ini bersifat sementara, setempat dan tertumpu. Ia tertumpu pada objektif atau objektif-objektif tertentu supaya bantuan kemanusiaan dapat masuk (ke Gaza) dan membenarkan warga asing untuk keluar (dari Gaza),” katanya.
Beliau menambah: “Idea umum ialah dalam ruang geografi itu, untuk masa yang terhad itu, akan ada pemberhentian permusuhan, cukup untuk membenarkan apa sahaja yang anda cuba benarkan.”
Rumah Putih sebelum ini menggesa ‘jeda kemanusiaan’ untuk membolehkan bantuan dihantar ke Gaza atau untuk melakukan pemindahan individu ke luar Gaza.
Namun, Rumah Putih enggan membincangkan mengenai gencatan senjata kerana ia dikatakan akan memberi kelebihan kepada kumpulan Hamas.
Perang antara Israel dan Hamas kini memasuki minggu keempat atau hampir tempoh sebulan.
Berikutan serangan berdarah Hamas pada 7 Oktober, tentera Israel mengebom Semenanjung Gaza, dan melancarkan operasi darat yang semakin meluas ke wilayah itu.
Biden juga menjanjikan sokongan penuh dan meningkatkan bantuan ketenteraan kepada Israel untuk serangan balasnya di Gaza berikutan serangan Hamas.
Dalam pada itu, Agensi Anadolu pada Khamis lalu melaporkan sejumlah 335 pemegang pasport asing meninggalkan Semenanjung Gaza ke Mesir menerusi lintasan sempadan Rafah.
Ia dimaklumkan Wael Abu Mohsen, pengarah media lintasan sempadan Rafah dalam satu kenyataan pada Rabu.
Abu Mohsen sebelum itu memberitahu Agensi Anadolu bahawa 110 pemegang pasport asing melintas ke Mesir.
Beliau berkata, 76 penduduk Palestin yang cedera dibawa oleh 17 ambulans dari Gaza ke Mesir melalui lintasan berkenaan.
Jurucakap Palestin itu berkata, 51 trak sarat dengan bantuan kemanusiaan bergerak ke Gaza melalui persimpangan Rafah pada Rabu lalu.
Sumber: Harian Metro