Connect with us

Terkini

Tindakan Hamas tepat, Rakyat Malaysia akan dijelaskan tentangnya –  Tun Mahathir

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menyifatkan tindakan Hamas terhadap rejim zionis Israel merupakan langkah yang tepat dan perkara itu akan dijelaskan kepada rakyat Malaysia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Tindakan Hamas tepat, Rakyat Malaysia akan dijelaskan tentangnya –  Tun Mahathir
Foto: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) & Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh (kanan).
  • Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menyifatkan tindakan Hamas terhadap rejim zionis Israel merupakan langkah yang tepat dan perkara itu akan dijelaskan kepada rakyat Malaysia.
  • Dr Mahathir berkata tindakan Hamas bukan bersifat keganasan, namun ia melibatkan isu warga Palestin ingin mendapatkan semula tanah mereka dan memperjuangkan kemerdekaan negara itu daripada terus menjadi mangsa penjajahan zionis Israel.
  • “Saya bersetuju sepenuhnya dengan kamu (Ismail Haniyeh) bahawa ini bukan tindakan keganasan, (tetapi) ini isu warga Palestin hendak mendapatkan semula tanah mereka, mereka perjuangkan kemerdekaan mereka, tetapi Israel (ternyata) terus cuba menduduki lebih banyak kawasan tanah Palestin sepanjang masa,” katanya dalam perbualan telefon selama 15 minit bersama Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh pada Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR —  Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menyifatkan tindakan Hamas terhadap rejim zionis Israel merupakan langkah yang tepat dan perkara itu akan dijelaskan kepada rakyat Malaysia.

Dr Mahathir berkata tindakan Hamas bukan bersifat keganasan, namun ia melibatkan isu warga Palestin ingin mendapatkan semula tanah mereka dan memperjuangkan kemerdekaan negara itu daripada terus menjadi mangsa penjajahan zionis Israel.

“Saya bersetuju sepenuhnya dengan kamu (Ismail Haniyeh) bahawa ini bukan tindakan keganasan, (tetapi) ini isu warga Palestin hendak mendapatkan semula tanah mereka, mereka perjuangkan kemerdekaan mereka, tetapi Israel (ternyata) terus cuba menduduki lebih banyak kawasan tanah Palestin sepanjang masa.

“Tindakan yang diambil Hamas satu tindakan tepat dan kami akan menjelaskan perkara itu kepada semua (rakyat Malaysia),” katanya dalam perbualan telefon selama 15 minit bersama Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh pada Jumaat lalu.

Klip video rakaman perbualan itu dimuat naik Dr Mahathir di platform media sosial beliau, semalam.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata beliau menyokong serangan yang dilakukan ke atas Palestin dihentikan sepenuhnya.

Katanya, tiada sebab untuk rejim zionis itu melaksanakan perancangan menyerang penduduk Palestin di Gaza menerusi laluan darat.

“Kami juga menyokong supaya pertempuran dihentikan, bukan untuk sementara tetapi dihentikan sepenuhnya. 

“Tidak ada sebab untuk Israel perlu merancang serang Gaza melalui (jalan) darat jadi kami berharap masyarakat antarabangsa akan memberi tekanan kepada Israel untuk menerima gencatan senjata.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk membuat orang ramai memahami apa yang sebenarnya berlaku di Gaza,” kata Dr Mahathir. 

Pada 7 Oktober lalu, kumpulan pembebasan Palestin iaitu Hamas melancarkan operasi Taufan Al-Aqsa serangan mengejut ke atas Israel sebagai reaksi balas pencerobohan berterusan rejim Zionis ke atas Masjid Al-Aqsa dan tindakan keganasan peneroka haram ke atas warga Palestin di Tebing Barat. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Dr. Mahathir bin Mohamad

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *