Terkini
(VIDEO) Warga India mahu berperang bersama Israel, Rabbi tegas penyembah berhala boleh dihukum bunuh
Sebuah video memaparkan sekumpulan warga India mahu berperang bersama rejim zionis Israel, disusuli klip seorang Rabbi menyebut beberapa negara penyembah berhala ‘tiada hak untuk hidup’ dan layak dihukum bunuh, tular minggu lalu.

KUALA LUMPUR — Sebuah video memaparkan sekumpulan warga India mahu berperang bersama rejim zionis Israel, disusuli klip seorang Rabbi menyebut beberapa negara penyembah berhala ‘tiada hak untuk hidup’ dan layak dihukum bunuh, tular minggu lalu.
Dalam klip video itu, jurucakap kumpulan demonstrasi itu berkata mereka mahu berdiri bersama Israel untuk melawan kumpulan Jihad Islam dan menghapuskannya dari muka bumi.
Demonstrasi diketuai seorang bekas tentera India itu sebulat suara menyatakan keinginan menyertai peperangan tersebut seandainya mereka diberi kewarganegaraan Israel.
“Kesemua seribu dari (bilangan) kami bersedia untuk ke Israel, jika diberikan kewarganegaraan Israel, kami akan menyertai tentera (Israel) dan ikut bertempur.
“Jika saya diberi kewarganegaraan hari ini, saya akan menuju ke Israel terus dari sini, saya sukakan Israel kerana ia mahu menghapuskan kumpulan ‘Jihad Islam’ dan impian saya sama (iaitu untuk) menghapuskan ‘Jihad Islam’,” kata jurucakap kumpulan itu yang juga bekas tentera, Subedar Lalit Kumar.
Ironinya, klip demonstrasi itu disusuli video ucapan Rabbi Yosef Mizrachi bersyarah tentang kumpulan manusia mengundang kemurkaan Tuhan.
“Kamu mempunyai enam billion penyembah berhala yang membuat Tuhan murka dalam setiap saat kehidupan mereka.
“Orang India, Cina, Jepun, Tibet, Nepal, Thailand, sangat ramai, di India sahaja sekitar lima ratus juta, China dua bilion, sangat ramai, dua bilion Krisitian, juga penyembah berhala.
“Di antara (orang) Cina, Hindu, Buddha, dan Kristian, sekurang-kurangnya enam setengah billion manusia penyembah berhala,” kata rabbi itu.
Rabbi itu turut menjelaskan, menurut Torah, penyembah berhala tiada hak untuk hidup dan hukuman yang layak bagi mereka adalah dibunuh.
Video itu dilihat seolah-olah ingin memberi kesedaran kepada penganut Hindu (dikenali dengan petanda ‘bindi’ di dahi) yang berdemonstrasi untuk mempertimbangkan keinginan bersama tentera Israel yang diketahui umum majoritinya adalah Yahudi dan berkemungkinan tidak menerima mereka dengan baik. – The Merdeka Times.
