Antarabangsa
Bantuan roti penduduk Gaza tidak terjamin – WFP
Program Makanan Sedunia (WFP) memberi amaran bantuan roti tidak lagi terjamin di wilayah Gaza yang teruk dibom oleh tentera Israel dalam perang dengan Hamas.
- Program Makanan Sedunia (WFP) memberi amaran bantuan roti tidak lagi terjamin di wilayah Gaza yang teruk dibom oleh tentera Israel dalam perang dengan Hamas.
- Timbalan Ketua Kecemasan WFP, Brian Lander berkata, dengan perang yang masih berpanjangan, pihaknya terputus komunikasi dengan dunia luar di Gaza.
- Keadaan ini mengakibatkan pihaknya tidak dapat menghubungi kakitangan WFP, kedai roti dan kedai-kedai lain, sekali gus bermakna sekeping roti harian yang sangat diperlukan keluarga Palestin sudah tidak lagi dijamin.
- Menurut Lander, bagi membolehkan 2.4 juta orang di Gaza dapat menikmati makanan yang diperlukan setiap hari, 100 trak harus melalui sempadan setiap hari hanya untuk membawa makanan.
- Tentera Israel pada hujung minggu memperhebat serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza, yang mengakibatkan agensi bantuan antarabangsa mendakwa terputus hubungan dengan kakitangan mereka di Gaza selepas Israel memutuskan internet dan komunikasi.
GAZA: Program Makanan Sedunia (WFP) memberi amaran bantuan roti tidak lagi terjamin di wilayah Gaza yang teruk dibom oleh tentera Israel dalam perang dengan Hamas.
Ini kerana wilayah itu kini ketiadaan akses kepada telefon dan internet, kesan daripada tindak balas Zionis dalam perang di Gaza.
Timbalan Ketua Kecemasan WFP, Brian Lander berkata, dengan perang yang masih berpanjangan, pihaknya terputus komunikasi dengan dunia luar di Gaza.
Menurutnya lagi, keadaan ini mengakibatkan pihaknya tidak dapat menghubungi kakitangan WFP, kedai roti dan kedai-kedai lain, sekali gus bermakna sekeping roti harian yang sangat diperlukan keluarga Palestin sudah tidak lagi dijamin.
Tambah beliau, WFP memerlukan komunikasi, bahan api dan lebih banyak laluan selamat untuk mengelakkan keluarga Palestin daripada kelaparan.
Ia katanya, adalah keperluan mendesak dan tidak boleh ditangguh-tangguh lagi.
Beliau berkata, hanya dua daripada 23 kedai roti masih beroperasi di Gaza.
Menurut Lander, bagi membolehkan 2.4 juta orang di Gaza dapat menikmati makanan yang diperlukan setiap hari, 100 trak harus melalui sempadan setiap hari hanya untuk membawa makanan.
Tentera Israel pada hujung minggu memperhebat serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza, yang mengakibatkan agensi bantuan antarabangsa mendakwa terputus hubungan dengan kakitangan mereka di Gaza selepas Israel memutuskan internet dan komunikasi.
Data rasmi Kementerian Kesihatan Palestin mendedahkan, angka korban akibat perang Israel-Hamas selama lebih 3 minggu di Gaza, kini melebihi 8,000 orang.
Kira-kira 70 peratus daripada kematian penduduk Palestin adalah wanita dan kanak-kanak.
Sumber: Astro Awani