Connect with us

Antarabangsa

Perenang Mesir diugut bunuh kerana sokong Palestin

Perenang Mesir Abdelrahman Sameh berkata dia mendapat ugutan bunuh selepas menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin yang sedang berjuang menentang rejim Israel.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Perenang Mesir diugut bunuh kerana sokong Palestin
Foto: Perenang Mesir, Abdelrahman Sameh.
  • Perenang Mesir Abdelrahman Sameh berkata dia mendapat ugutan bunuh selepas menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin yang sedang berjuang menentang rejim Israel.
  • Sameh yang turut dikenali Abdelrahman Elaraby menjuarai acara 50 meter kuak kupu-kupu di kejohanan Piala Dunia Akuatik 2023 berlangsung di Greece minggu lalu tetapi berkata sukar meraikannya selepas berdepan minggu yang sukar.
  • “Saya mendapat ugutan bunuh, saya diserang setiap hari kerana menyokong Palestin,” katanya ketika ditanya mengenai kemenangannya.
  • “Saudara saya perempuan dan lelaki dibunuh di Palestin dan saya diugut bunuh hanya kerana menyatakan sokongan saya kepada perjuangan mereka.”

London:  berkata dia mendapat ugutan bunuh selepas menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin yang sedang berjuang menentang rejim IsraelPerenang Mesir Abdelrahman Sameh.

Sameh yang turut dikenali Abdelrahman Elaraby menjuarai acara 50 meter kuak kupu-kupu di kejohanan Piala Dunia Akuatik 2023 berlangsung di Greece minggu lalu tetapi berkata sukar meraikannya selepas berdepan minggu yang sukar.

“Saya mendapat ugutan bunuh, saya diserang setiap hari kerana menyokong Palestin,” katanya ketika ditanya mengenai kemenangannya.

Perenang berusia 23 tahun itu menewaskan perenang pilihan Isaac Cooper dari Australia dan Michael Andrew dari Amerika Syarikat untuk meraih emas pertamanya di Piala Dunia tetapi enggan meraikan kejayaan itu.

“Saudara saya perempuan dan lelaki dibunuh di Palestin dan saya diugut bunuh hanya kerana menyatakan sokongan saya kepada perjuangan mereka.”

Lima hari sebelum kemenangannya itu, Sameh dalam Instagramnya berkata dia dikritik kerana menyokong ‘keganasan’ selepas bercakap mengenai serangan Israel ke atas Gaza.

Sameh memuat naik berita dan imej peperangan di Gaza sebagai tanda sokongan ke atas perjuangan rakyat Palestin tetapi tidak disenangi pegawai renang Israel.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *