Terkini
Mampukah roket buatan sendiri di Gaza musnahkan seluruh bangunan, bunuh 500 manusia?
Penafian rejim Israel terhadap serangan ke atas Hospital Baptis Al-Ahli di Gaza kelmarin bukan sesuatu yang mengejutkan, kata bekas jurucakap pegawai Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Chris Gunness.
- Penafian rejim Israel terhadap serangan ke atas Hospital Baptis Al-Ahli di Gaza kelmarin bukan sesuatu yang mengejutkan, kata bekas jurucakap pegawai Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Chris Gunness.
- Membalas penafian dibangkitkan Israel, beliau menimbulkan persoalan bilakah kali terakhir seseorang mendengar roket buatan sendiri di Gaza meletus dengan sendirinya.
- “Bilakah kali terakhir sebuah roket buatan sendiri di Gaza memusnahkan seluruh bangunan dan membunuh 500 manusia? Sudah tentu, kita perlu tunggu hasil penyiasatan Israel terhadap perkara ini,” kata Gunness kepada Al Jazeera.
- Sekurang-kurangnya 500 warga Palestin terbunuh dalam insiden letupan di Hospital Baptis Al-Ahli di Gaza semalam, yang menurut Pihak Berkuasa Kesihatan Palestin berpunca daripada serangan udara Israel.
Penafian rejim Israel terhadap serangan ke atas Hospital Baptis Al-Ahli di Gaza kelmarin bukan sesuatu yang mengejutkan, kata bekas jurucakap pegawai Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Chris Gunness.
Membalas penafian dibangkitkan Israel, beliau menimbulkan persoalan bilakah kali terakhir seseorang mendengar roket buatan sendiri di Gaza meletus dengan sendirinya.
“Bilakah kali terakhir sebuah roket buatan sendiri di Gaza memusnahkan seluruh bangunan dan membunuh 500 manusia?
“Sudah tentu, kita perlu tunggu hasil penyiasatan Israel terhadap perkara ini,” kata Gunness kepada Al Jazeera.
Bekas jurucakap UNRWA itu menyatakan Israel mempunyai sejarah menyebarkan maklumat yang salah kepada agensi PBB.
Beliau berkata pada 2014, Mark Regev yang merupakan bekas jurucakap perdana menteri Israel menyampaikan pelbagai maklumat salah tentang UNRWA.
“Mereka menyiarkan video siaran langsung di televisyen Amerika memberitahu seluruh dunia adanya militan yang menembak roket dari sekolah UNRWA. Ini semua telah disiasat oleh PBB dan agensi lain dan kesemuanya didapati mengarut,” katanya.
Sekurang-kurangnya 500 warga Palestin terbunuh dalam insiden letupan di Hospital Baptis Al-Ahli di Gaza semalam, yang menurut Pihak Berkuasa Kesihatan Palestin berpunca daripada serangan udara Israel.
Letupan itu merupakan insiden berdarah paling teruk di Gaza sejak rejim Israel melancarkan kempen pengeboman tanpa henti ke atas wilayah berpenduduk padat itu.
Sumber: Al Jazeera