Connect with us

Antarabangsa

Menteri Kewangan Israel akui gagal berdepan serangan mengejut Hamas

Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich pada Ahad lalu mengakui kerajaan Israel bertanggungjawab di atas serangan yang menyebabkan pejuang Hamas bolos memasuki Israel.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Menteri Kewangan Israel akui gagal berdepan serangan mengejut Hamas
Foto: Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich.
  • Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich pada Ahad lalu mengakui kerajaan Israel bertanggungjawab di atas serangan yang menyebabkan pejuang Hamas bolos memasuki Israel.
  • Perkara itu termasuk kesan insiden terbabit yang menyaksikan pejuang Hamas berjaya menyerang penduduk negara haram itu.
  • “Kita dengan jujur harus mengaku dengan pedih dengan kepala tertunduk – kami, kepimpinan negara dan pasukan keselamatan, telah gagal memastikan keselamatan rakyat kami,” kata Smotrich dalam sidang akhbar dipetik NDTV.
  • Smotrich adalah antara sekutu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam kerajaan pimpinannya.

Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich pada Ahad lalu mengakui kerajaan Israel bertanggungjawab di atas serangan yang menyebabkan pejuang Hamas bolos memasuki Israel.

Perkara itu termasuk kesan insiden terbabit yang menyaksikan pejuang Hamas berjaya menyerang penduduk negara haram itu.

“Kita dengan jujur harus mengaku dengan pedih dengan kepala tertunduk – kami, kepimpinan negara dan pasukan keselamatan, telah gagal memastikan keselamatan rakyat kami,” kata Smotrich dalam sidang akhbar dipetik NDTV.

Smotrich adalah antara sekutu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam kerajaan pimpinannya.

“Kita gagal melaksanakan kontrak tidak bertulis yang paling utama di antara penduduk dengan sebuah negara. Sebuah kontrak yang termeterai dengan darah dan kini berlumuran darah,” katanya.

Pada 7 Oktober lalu, kumpulan pembebasan Palestin iaitu Hamas melancarkan operasi Taufan Al-Aqsa, satu serangan mengejut ke atas Israel sebagai reaksi balas pencerobohan berterusan rejim zionis ke atas Masjid Al-Aqsa dan tindakan keganasan peneroka haram ke atas warga Palestin di Tebing Barat.

Gaza kini di ambang krisis kemanusiaan terburuk selepas rejim zionis melakukan sekatan total dengan menyekat bekalan air, elektrik, makanan, bahan api dan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.

Setakat berita ini ditulis, pintu sempadan Rafah masih belum dibuka dan Gaza terus berdepan krisis kemanusian, pengeboman dan serangan udara rejim zionis dengan tiada lagi tempat selamat untuk rakyat Palestin. – The Merdeka Times

Sumber: NDTV

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *