Connect with us

Antarabangsa

Tidak ada tempat selamat di Gaza

“Ke mana kami hendak pergi? Adakah ada tempat yang selamat di kawasan kejiranan ini, yang begitu tenang dan indah?” Itu luahan penduduk blok apartmen di Rimal kepada wartawan BBC.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tidak ada tempat selamat di Gaza
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Ke mana kami hendak pergi? Adakah ada tempat yang selamat di kawasan kejiranan ini, yang begitu tenang dan indah?” Itu luahan penduduk blok apartmen di Rimal kepada wartawan BBC.
  • Wartawan BBC, Rushdi Abu Alouf berkata dia baru sahaja menghabiskan tujuh jam paling sukar dalam hidupnya di Gaza, ketika pesawat pejuang Israel melakukan serangan demi serangan udara sebagai membalas dendam terhadap serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini oleh kumpulan pejuang Palestin ke atas Israel Sabtu lalu.
  • Serangan bom berterusan oleh Israel itu juga menyebabkan kerosakan besar kepada berpuluh-puluh bangunan kediaman, pejabat syarikat telekomunikasi, dan bangunan fakulti Universiti Islam Gaza.
  • Letupan mengerikan menggegarkan kawasan itu sepanjang malam Isnin.
  • “Ia adalah malam yang tidak akan dilupakan oleh penduduk Rimal – kejiranan terkaya di Kota Gaza dan biasanya paling sunyi,” katanya.

GAZA: “Ke mana kami hendak pergi? Adakah ada tempat yang selamat di kawasan kejiranan ini, yang begitu tenang dan indah?” Itu luahan penduduk blok apartmen di Rimal kepada wartawan BBC.

Wartawan BBC itu, Rushdi Abu Alouf berkata dia baru sahaja menghabiskan tujuh jam paling sukar dalam hidupnya di Gaza, ketika pesawat pejuang Israel melakukan serangan demi serangan udara sebagai membalas dendam terhadap serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini oleh kumpulan pejuang Palestin ke atas Israel Sabtu lalu.

Serangan bom berterusan oleh Israel itu juga menyebabkan kerosakan besar kepada berpuluh-puluh bangunan kediaman, pejabat syarikat telekomunikasi, dan bangunan fakulti Universiti Islam Gaza.

Letupan mengerikan menggegarkan kawasan itu sepanjang malam Isnin. Kanak-kanak menjerit dan tiada siapa yang dapat melelapkan mata.

“Ia adalah malam yang tidak akan dilupakan oleh penduduk Rimal – kejiranan terkaya di Kota Gaza dan biasanya paling sunyi.

“Ketika fajar menyingsing pada hari Selasa, kekerapan serangan berkurangan dan orang ramai mula memeriksa tahap kemusnahan. Infrastruktur kejiranan barat daya itu rosak teruk dan kebanyakan jalan raya yang menuju ke sana terputus.

“Semasa memandu, saya rasa seperti ada gempa bumi. Terdapat runtuhan, kaca pecah dan pendawaian terputus di mana-mana. Begitulah kemusnahan yang berlaku hingga beberapa bangunan yang saya lepasi langsung tidak dapat dikenali,” katanya. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *