Connect with us

Terkini

Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu

Seorang anak kepada wanita Cina mualaf meluahkan rasa syukur apabila Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslims (MRM) hari ini membantu semua proses pengurusan jenazah ibundanya hari ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
Foto: Yap Hao (berbaju hitam) yang dilihat sedih di upacara pengebumian ibunya.
  • Seorang anak kepada wanita Cina mualaf meluahkan rasa syukur apabila Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslims (MRM) hari ini membantu semua proses pengurusan jenazah ibundanya hari ini.
  • Yap Hao Yang anak kepada wanita Cina mualaf bernama Lai Yoke Kin atau lebih dikenali dengan Su, mengatakan bahawa ibunya sebelum ini disahkan menghidap kanser tahap empat dan dijadual bakal menerima rawatan pada bulan hadapan.
  • Hajat mereka tidak kesampaian apabila ibunya menghembuskan nafas terakhir pada malam semalam beberapa jam selepas pulang ke rumah mereka.
  • “Saya bersyukurlah sebab mereka (MRM) yang bantu saya dari segi kewangan, bukan dari segi jenazah sahaja sebelum ini juga mereka berikan bantuan kewangan kepada saya sewaktu saya belajar di universiti,” kata Yap ketika ditemui The Merdeka Times selepas solat jenazah ibunya.
  • Su memilih memeluk agama Islam pada 2019 sewaktu bekerja di NGO tersebut. 

KUALA LUMPUR — Seorang anak kepada wanita Cina mualaf meluahkan rasa syukur apabila Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslims (MRM) hari ini membantu semua proses pengurusan jenazah ibundanya hari ini.

Yap Hao Yang anak kepada wanita Cina mualaf bernama Lai Yoke Kin atau lebih dikenali dengan Su, mengatakan bahawa ibunya sebelum ini disahkan menghidap kanser tahap empat dan dijadual bakal menerima rawatan pada bulan hadapan.

Bagaimanapun hajat mereka tidak kesampaian apabila ibunya menghembuskan nafas terakhir pada malam semalam beberapa jam selepas pulang ke rumah mereka.

“Saya bersyukurlah sebab mereka (MRM) yang bantu saya dari segi kewangan, bukan dari segi jenazah (mak) sahaja sebelum ini juga mereka berikan bantuan kewangan kepada saya sewaktu saya belajar di universiti. 

“Mereka sangat take care lah dengan mak saya juga dengan saya even though saya sebelum ini ada juga kerja ada simpanan tapi nak juga bagi saya (wang) untuk teruskan kehidupan semua itu sedangkan saya tak minta tapi mereka rela bagi,” kata Yap ketika ditemui The Merdeka Times selepas solat jenazah ibunya.

Yap anak bongsu kepada Su dilihat bersama dua abangnya di samping jenazah ibu mereka yang diuruskan komuniti dan kakitangan MRM di Surau Al Islah, Taman Kajang Mewah.

Ketiga-tiga adik beradik ini masih mengekalkan hubungan yang baik bersama ibunya walaupun berlainan agama.

Su memilih memeluk agama Islam pada 2019 sewaktu bekerja di NGO tersebut. 

“Sebab (peluk Islam) mungkin dia (mak) dapat hidayah …. and then mungkin dia nampak something yang make sense dalam Islam dia ingat semua itu yang buatkan dia rasa hidup dia teratur. 

“Sebelum ini saya nampak mak saya dia punya mood agak panas sikit and then lepas masuk Islam dia berubah sikit menjadi lembut.

“Setakat ini saya cuma rasa nak ucapkan terima kasihlah kepada mak besarkan saya,” katanya menceritakan sepanjang hayat ibunya, Su merupakan individu yang tidak kedekut dan baik hati.

Yap dengan sebak turut meluahkan Su acapkali menunjukkan rasa bangga dengan segala dilakukan oleh dia sekalipun Yap sendiri merasakan sebaliknya.

Dalam pada itu, Pengasas MRM, Firdaus Wong Wai Hung memberitahu pihaknya segera menguruskan segala urusan kematian Su selepas dihubungi anak arwah.

Katanya, walaupun anak-anak Su bukan beragama Islam namun mereka berkesempatan menyaksikan pengurusan jenazah arwah ibunya.

“Anak-anak dia tenang alhamdulilah dan kami juga mengambil peluang untuk berkongsi dengan mereka bagaimana Islam mengendalikan jenazah dan mereka happy melihat bagaimana ibu mereka dilayan dan dijaga semasa hidup sehingga selepas meninggal.

“Banyak dalam buat keputusan kami berbincang dengan mereka walaupun mereka bukan Islam, kami berbincang kenapa kami nak segerakan (urusan jenazah) sebagainya dan mereka faham dan katakan ini kali pertama dapat pengalaman serta nampak mudah, ringkasnya Islam,” katanya Firdaus Wong yang juga pendakwah bebas.

Sokong usaha dakwah dan kebajikan MRM dengan menyalurkan sumbangan anda ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor).  — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *