Connect with us

Antarabangsa

Arab Saudi benarkan anak pendatang haram bersekolah

Kanak-kanak warga asing tanpa izin di Arab Saudi akan dibenarkan mendaftar di sekolah untuk tahun akademik baharu, menurut Kementerian Pendidikan pada Selasa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Arab Saudi benarkan anak pendatang haram untuk bersekolah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mereka akan dibenarkan mendaftar di sekolah untuk tahun akademik baharu, menurut Kementerian Pendidikan pada Selasa.
  • Sekolah harus sediakan borang kemasukan ke institusi pendidikan rendah kepada ibu bapa kanak-kanak yang tinggal secara haram di negara tersebut.
  • Pihak sekolah perlu mengarahkan ibu bapa menghubungi pejabat kementerian di wilayah tempat tinggal mereka untuk melengkapkan prosedur yang diperlukan.
  • Borang kemasukan yang diluluskan perlu diserahkan kepada pihak sekolah untuk melengkapkan proses pendaftaran, lapor akhbar Gulf News.
  • Borang tersebut perlu ada maklumat peribadi tentang pelajar, bapa dan ibu mereka seperti dalam pasport, permit pemastautin jika ada atau visa lawatan bersama-sama dengan alamat kediaman tetap.

RIYADH – Kanak-kanak warga asing tanpa izin di Arab Saudi akan dibenarkan mendaftar di sekolah untuk tahun akademik baharu, menurut Kementerian Pendidikan pada Selasa.

Kementerian itu berkata bahawa sekolah-sekolah harus menyediakan borang-borang kemasukan ke institusi pendidikan rendah tersebut kepada ibu bapa kanak-kanak yang tinggal secara haram di negara tersebut.

Pihak sekolah juga perlu mengarahkan ibu bapa tersebut untuk menghubungi pejabat kementerian di wilayah tempat tinggal mereka untuk melengkapkan prosedur yang diperlukan.

Borang kemasukan yang diluluskan perlu diserahkan kepada pihak sekolah untuk melengkapkan proses pendaftaran, lapor akhbar Gulf News.

Kementerian itu juga perlu mengarahkan Jabatan Pendidikan di Arab Saudi untuk menyediakan laporan statistik bulanan mengenai bilangan pelajar yang mendaftar.

Akhbar itu turut melaporkan bahawa di dalam borang tersebut perlu ada maklumat peribadi tentang pelajar, bapa dan ibu mereka seperti dalam pasport, permit pemastautin jika ada atau visa lawatan bersama-sama dengan alamat kediaman tetap.

Sumber : Sinar Harian / Agensi

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *