Terkini
Elak buruk sangka & fitnah, punca perbalahan ramai pihak – Pengerusi MAIS
Masyarakat perlu bersama-sama menghindari perbuatan dan budaya bersangka buruk, memfitnah, mencela, menghukum sewenangnya supaya sebarang perbezaan memberi nilai tambah kepada kemakmuran dan bukannya menjadi punca perbalahan.
- Masyarakat perlu bersama-sama menghindari perbuatan dan budaya bersangka buruk, memfitnah, mencela, menghukum sewenangnya supaya sebarang perbezaan memberi nilai tambah kepada kemakmuran dan bukannya menjadi punca perbalahan.
- Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata Malaysia sebuah negara yang masyarakatnya bersifat majmuk maka akan timbul perbezaan antara etnik dari segi budaya dan agama.
- “MAIS menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang menzahirkan kebimbangan baginda berhubung perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum di Selangor.
- “Islam amat menitikberatkan perpaduan sesama Islam. Oleh itu, MAIS berharap kita bersama-sama merapatkan saf, bersatu-padu demi kepentingan agama, bangsa dan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
SHAH ALAM: Masyarakat perlu bersama-sama menghindari perbuatan dan budaya bersangka buruk, memfitnah, mencela, menghukum sewenangnya supaya sebarang perbezaan memberi nilai tambah kepada kemakmuran dan bukannya menjadi punca perbalahan.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata Malaysia sebuah negara yang masyarakatnya bersifat majmuk maka akan timbul perbezaan antara etnik dari segi budaya dan agama.
Namun katanya, setiap orang diberi kebebasan beragama serta berbudaya dan Islam agama yang menentang perkara yang membawa kepada perpecahan.
“MAIS menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang menzahirkan kebimbangan baginda berhubung perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum di Selangor.
“Islam amat menitikberatkan perpaduan sesama Islam. Oleh itu, MAIS berharap kita bersama-sama merapatkan saf, bersatu-padu demi kepentingan agama, bangsa dan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, perpaduan adalah asas kepada keharmonian dan pembangunan sesebuah negara dan perpecahan, perbalahan serta permusuhan akan membawa kehancuran dan kemusnahan.
Katanya, sebagai pihak berkuasa agama berkaitan pentadbiran Islam di Selangor, MAIS amat menitikberatkan berkaitan perpaduan dan persefahaman dalam kalangan masyarakat majmuk di negeri ini.
“Kita masyarakat Islam khususnya perlu sentiasa menunjukkan sikap hormat menghormati di antara sesama manusia yang juga adalah tuntutan Islam,” katanya.
Sumber: Berita Harian