Connect with us

Terkini

Pembelian panik antara punca bekalan beras tempatan berkurangan – EXCO Johor

Pembelian panik beras putih tempatan oleh pengguna dikenal pasti antara punca bekalan bahan itu berkurangan di negeri ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pembelian panik antara punca bekalan beras tempatan berkurangan - EXCO Johor
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pembelian panik beras putih tempatan oleh pengguna dikenal pasti antara punca bekalan bahan itu berkurangan di negeri ini.
  • Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Zahari Sarip berkata, pengurangan bekalan itu bagaimanapun tidak mencapai tahap kritikal dan membimbangkan.
  • Beliau menegaskan masalah kekurangan beras tidak sepatutnya berlaku di Johor memandangkan bekalan sedia ada melebihi penggunaan.
  • “Apa yang berlaku adalah pembelian panik apabila keluarga yang biasa beli sekampit beras sebulan, tiba-tiba beli dua atau tiga kampit sekali gus. Ini termasuklah pengusaha makanan, peniaga kantin dan pengusaha katering, kerana risau tiada bekalan jadi mereka terus beli dalam kuantiti besar,” katanya.

Johor Bahru: Pembelian panik beras putih tempatan oleh pengguna dikenal pasti antara punca bekalan bahan itu berkurangan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Zahari Sarip berkata, pengurangan bekalan itu bagaimanapun tidak mencapai tahap kritikal dan membimbangkan.

Malah, beliau menegaskan masalah kekurangan beras tidak sepatutnya berlaku di Johor memandangkan bekalan sedia ada melebihi penggunaan.

Mengulas lanjut, katanya, data Agensi Kawal Selia Padi dan Beras serta Jabatan Pertanian negeri melaporkan penggunaan beras tempatan di negeri ini setahun dianggarkan 316,000 tan, dengan penggunaan sebulan 21,000 tan.

“Stok bekalan beras dalam sebulan yang disediakan adalah sebanyak 23,000 tan. Jadi saya mahu perbetulkan persepsi rakyat Johor (dalam isu ini).

“Untuk makluman tidak berlaku kekurangan kritikal bekalan beras di negeri ini kerana stok bekalan melebihi penggunaan rakyat.

“Apa yang berlaku adalah pembelian panik apabila keluarga yang biasa beli sekampit beras sebulan, tiba-tiba beli dua atau tiga kampit sekali gus. Ini termasuklah pengusaha makanan, peniaga kantin dan pengusaha katering, kerana risau tiada bekalan jadi mereka terus beli dalam kuantiti besar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jualan Agro MADANI menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Pasar Tani Kekal Jalan Datin Halimah, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berasingan Zahari memaklumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor tidak menerima sebarang aduan berhubung mana-mana pihak menyorok bekalan beras di negeri ini.

“Setakat hari ini, kita tidak terima laporan rasmi berhubung…mungkin dalam media sosial ada sebut, tetapi laporan rasmi kepada KPDN tiada, jadi saya alu-alukan (laporan) jika ada,” katanya.

Sementara itu, Zahari berkata, Johor menerima bekalan tambahan 100 tan beras putih tempatan menerusi inisiatif intervensi beras Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sejak kelmarin.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *