Connect with us

Terkini

Isu Laut China Selatan: Malaysia, China setuju adakan komunikasi berterusan, terbuka – PM Anwar

Malaysia dan China bersetuju untuk mengadakan komunikasi berterusan dan terbuka mengenai isu Laut China Selatan bagi memastikan situasi di lapangan sentiasa aman, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Isu Laut China Selatan: Malaysia, China setuju adakan komunikasi berterusan, terbuka - PM Anwar
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri), & Premier China, Li Qiang (kanan).
  • Malaysia dan China bersetuju adakan komunikasi berterusan dan terbuka isu Laut China Selatan bagi memastikan situasi di lapangan sentiasa aman, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Ia antara isu berkaitan Laut China Selatan dibincangkan semasa perjumpaannya dengan Premier China Li Qiang, semalam. 
  • Anwar berkata, Li menzahirkan sokongannya terhadap ASEAN Centrality dalam menangani isu keselamatan antarabangsa di rantau ini, menyokong blok ASEAN bebas, termasuk isu perseteruan di antara Amerika Syarikat dan China.
  • “Premier Li telah menghuraikan konsep community for a shared future for mankind, yakni konsep yang menekankan prinsip keterbukaan, peradaban, keterangkuman, dan saling hormat-menghormati dalam menangani isu kerjasama dua hala, serantau dan antarabangsa,” katanya. 

NANNING: Malaysia dan China bersetuju untuk mengadakan komunikasi berterusan dan terbuka mengenai isu Laut China Selatan bagi memastikan situasi di lapangan sentiasa aman, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ia antara isu berkaitan Laut China Selatan yang dibincangkan semasa perjumpaannya dengan Premier China Li Qiang, semalam. 

Anwar berkata, Li juga menzahirkan sokongannya terhadap ASEAN Centrality dalam menangani isu keselamatan antarabangsa di rantau ini, serta menyokong blok ASEAN yang bebas, termasuk mengenai isu perseteruan di antara Amerika Syarikat dan China.

Menurut Anwar dalam pertemuan berkenaan, beliau turut mengutarakan mengenai situasi Myanmar dan isu penghantaran balik pelarian Rohingya.

“Premier Li telah menghuraikan konsep community for a shared future for mankind, yakni konsep yang menekankan prinsip keterbukaan, peradaban, keterangkuman, dan saling hormat-menghormati dalam menangani isu kerjasama dua hala, serantau dan antarabangsa.

“Nilai ini konsisten dengan nilai-nilai dalam Malaysia MADANI,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam sempena lawatan kerja beliau di sini untuk menghadiri China-ASEAN Expo (CAEXPO) ke-20.

Anwar berkata, secara amnya Malaysia menyokong nilai-nilai universal dalam membasmi kemiskinan, memperjuangkan keadilan dan pembangunan mampan. – BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *