Antarabangsa
Pendapatan X merosot, Elon Musk ancam saman kumpulan anti-fitnah
Pemilik platform media sosial X, Elon Musk memaklumkan sedang mempertimbang untuk menyaman kumpulan anti-fitnah terkemuka, dengan alasan tuduhan anti-Semitisme menyebabkan syarikat itu kehilangan pendapatan.
- Pemilik platform media sosial X, Elon Musk memaklumkan sedang mempertimbang menyaman kumpulan anti-fitnah terkemuka, dengan alasan tuduhan anti-Semitisme menyebabkan syarikat itu kehilangan pendapatan.
- Kelmarin, Musk menuduh organisasi Yahudi berpangkalan di Amerikal Syarikat (AS) membuat aduan tidak berasas terhadapnya dan platform X sehingga menimbulkan ketakutan dalam kalangan pengiklan.
- “Bagi membersihkan nama platform kami berkaitan anti-Semitisme, nampaknya kami tidak mempunyai pilihan selain memfailkan saman fitnah terhadap Liga Anti-Fitnah (ADL).. oh ironinya!.
- “Berdasarkan apa yang kami dengar daripada pengiklan, ADL nampaknya bertanggungjawab untuk kebanyakan kehilangan pendapatan kami,” kata Musk menerusi satu hantaran menerusi platform X pada Isnin.
- ADL enggan mengulas mengenai ancaman undang-undang dibuat Musk, namun membalas menerusi tanda pagar “BanTheADL” (sekat ADL) menjadi trending di laman web.
NEW YORK: Pemilik platform media sosial X, Elon Musk memaklumkan sedang mempertimbang untuk menyaman kumpulan anti-fitnah terkemuka, dengan alasan tuduhan anti-Semitisme menyebabkan syarikat itu kehilangan pendapatan.
Kelmarin, Musk menuduh organisasi Yahudi yang berpangkalan di Amerikal Syarikat (AS) itu membuat aduan tidak berasas terhadapnya dan platform X sehingga menimbulkan ketakutan dalam kalangan pengiklan.
“Bagi membersihkan nama platform kami berkaitan anti-Semitisme, nampaknya kami tidak mempunyai pilihan selain memfailkan saman fitnah terhadap Liga Anti-Fitnah (ADL).. oh ironinya!.
“Berdasarkan apa yang kami dengar daripada pengiklan, ADL nampaknya bertanggungjawab untuk kebanyakan kehilangan pendapatan kami,” kata Musk menerusi satu hantaran menerusi platform X pada Isnin.
Musk turut menambah, kumpulan itu berpotensi memusnahkan separuh nilai syarikatnya, iaitu sekitar AS$22 bilion (RM102.19 bilion).
“Pengiklan cenderung mengelak kontroversi, jadi semua yang diperlukan untuk ADL memusnahkan hasil iklan AS & Eropah kami adalah dengan membuat tuduhan yang tidak berasas,” tulisnya dalam bebenang panjang yang bermula dengan penjelasan bahawa dia memihak kepada kebebasan bersuara tetapi menentang anti-Semitisme dalam apa sahaja bentuk.
Dalam pada itu, ADL enggan mengulas mengenai ancaman undang-undang dibuat Musk, namun membalas menerusi tanda pagar “BanTheADL” (sekat ADL) yang menjadi trending di laman web.
Musk yang membeli Twitter tahun lalu dan menjenamakan semula ia sebagai X, mendapat kecaman kerana menyukai siaran dengan tanda pagar.
“Elon Musk menghabiskan hujung minggunya terbabit dengan kempen anti-Semitik yang sangat toksik di platformnya, ia amat mengganggu.
“Tingkah laku ini bukan sahaja membimbangkan, malah berbahaya dan sangat tidak bertanggungjawab.” kata Ketua Eksekutif ADL, Jonathan Greenblatt dalam e-mel kepada AFP.
Kempen sarat kebencian itu bermula selepas ADL mengambil bahagian dalam perarakan hak sivil menandakan ulang tahun ke-60 kematian aktivis hak asasi manusia, Martin Luther King.
Sejak beberapa tahun lalu, ADL menuduh laman media sosial itu menguatkan ucapan kebencian anti-Semitik dan baru-baru ini pihak mereka bertemu dengan eksekutif tertinggi di X.
Dalam laporan pada 2016, kumpulan itu berkata, serangan anti-Semitik terhadap wartawan telah melonjak di Twitter, “terima kasih kepada retorik dalam kempen presiden 2016.” – AFP
Sumber: Berita Harian