Connect with us

Terkini

Peguam Negara perlu jelaskan keputusan mahkamah lepas tanpa bebas Zahid Hamidi – IDEAS

Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menggesa Peguam Negara dan pendakwa raya tertinggi di Malaysia menjelaskan keputusan kes mahkamah membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Peguam Negara perlu jelaskan keputusan mahkamah lepas tanpa bebas Zahid Hamidi – IDEAS
Foto: Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Dr Tricia Yeoh.
  • Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menggesa Peguam Negara dan pendakwa raya tertinggi di Malaysia menjelaskan keputusan kes mahkamah membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dihadapinya, semalam.
  • Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Dr Tricia Yeoh turut menzahirkan kebimbangan terhadap keputusan itu atas beberapa sebab.
  • “Hakim Colin Lawrence Sequerah memutuskan pada Januari tahun lalu bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Zahid, yang bermakna Zahid kemudiannya bertanggungjawab untuk membuktikan dia tidak bersalah. 
  • “Untuk memohon diberikan DNAA pada peringkat ini, di mana pendakwaan telah ditarik balik dan dihentikan atas sebab penyiasatan lanjut harus dibuat, boleh menimbulkan persoalan. 
  • “Inilah sebabnya mengapa Peguam Negara (AG), yang juga pendakwa raya tertinggi di negara ini, mesti menjelaskan keputusan ini kepada orang ramai,” katanya dalam kenyataan itu di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menggesa Peguam Negara dan pendakwa raya tertinggi di Malaysia menjelaskan keputusan kes mahkamah membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dihadapinya, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Dr Tricia Yeoh turut menzahirkan kebimbangan terhadap keputusan itu atas beberapa sebab.

Beliau berkata sebab pertama adalah kerana Zahid memegang jawatan awam yang tinggi selain kes itu mengandungi kepentingan awam yang ketara, maka ia memerlukan tahap ketelusan dan akauntabiliti lebih tinggi dalam semua perkara berkaitan.

“Hakim Colin Lawrence Sequerah memutuskan pada Januari tahun lalu bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Zahid, yang bermakna Zahid kemudiannya bertanggungjawab untuk membuktikan dia tidak bersalah. 

“Untuk memohon diberikan DNAA pada peringkat ini, di mana pendakwaan telah ditarik balik dan dihentikan atas sebab penyiasatan lanjut harus dibuat, boleh menimbulkan persoalan. 

“Inilah sebabnya mengapa Peguam Negara (AG), yang juga pendakwa raya tertinggi di negara ini, mesti menjelaskan keputusan ini kepada orang ramai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yeoh berkata Peguam Negara juga harus menyediakan garis masa yang pasti untuk melengkapkan siasatan lanjut dan pertanyaan dikemukakan sebagai alasan pemecatan itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata sebab kedua kebimbangan itu dibangkitkan kerana tempoh jawatan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun turut berakhir hari ini.

Situasi itu juga menimbulkan persoalan tentang siapa yang harus bertanggungjawab, dan memberikan penjelasan kepada orang ramai. 

“Keadaan sebegini menyebabkan perlu ada maklumat yang betul dan terperinci diberikan kepada orang ramai. Tanpa tindakan tersebut diambil, memandangkan iklim politik semasa yang sangat panas, orang ramai pasti akan membuat spekulasi mengenai sebab di sebalik keputusan itu. 

“Itulah sebabnya saya menggesa Peguam Negara untuk menjelaskan keputusan ini dan memberikan kejelasan kepada orang ramai. Ketelusan adalah sangat penting untuk mengelakkan timbulnya sebarang spekulasi,” katanya.

Yeoh berkata kes terbabit juga merupakan contoh jelas konflik yang timbul apabila jabatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya digabungkan bersama. 

Katanya, pengasingan kedua-dua jabatan itu akan membolehkan Pendakwa Raya bertindak demi kepentingan awam, manakala Peguam Negara sebagai sebahagian daripada Kabinet terus menasihati kerajaan mengenai hal ehwal undang-undang. 

“Adalah jelas bahawa kerajaan Madani tidak lagi boleh teragak-agak untuk menubuhkan Jabatan Pendakwaan Awam yang bebas. Kami faham bahawa butiran itu memerlukan masa untuk dilaksanakan.

“…Tetapi apa yang kerajaan mesti lakukan adalah menyediakan garis masa yang jelas untuk pemisahan, yang akan termasuk libat urus berkala dengan pakar dan organisasi masyarakat sivil. Cadangan yang disediakan oleh IDEAS dan Bersih boleh menjadi sesuatu yang baik untuk bermula,” kata Yeoh. —- The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *